Day 107: Holiday!!

By saya_iza - April 05, 2012

Assalamualaikum all readers. :)

Hari ni last day class. Sok dah start cuti mid sem. Iza, balik rumah sok insyallah. Kalau ikutkan iza dah balik hari ni dah. Tapi sebab Mr.BF mintak tolong anta gi Melaka Sentral, iza xjadi la balik hari ni. Sian pulak kat dia, xde orang nk anta gi sana. Skang ni, dia dah xbalik nek kete dah. Dah pindah kelantan. Jauh pulak dia nk drive nanti, tu yang dia nek bus je tu.


Take care dear, semoga selamat sampai. :) <3

Sok, pagi2 iza nk drive balik. Insyallah lepass subuh. Semoga dipermudahkan. :)


Heeee, macam la iza balik nek flight kn? hahaha. Setakat sejam setengah, xpayah nk berangan sangat la iza. Huuuuu.

Barang2 sume dah kemas. Xde la sume, but overal dah almost finish la. Tinggal beg lappy je la. Nak masukkan lappy nanti. Sebenarnye malan ni bercadang nk wat long report lab iza tuh. Tapi gayanye ni macam xdapat je. Mata dah berat dah ni. Kene tido awal lagi. Sok nak bangun pagi. Huuuu.

Tapi sebelum iza nk masuk tido ni, ade benda yang iza nk share.
Kadang2 bila kita tengok muka orang kita, 1st impression kita adalah sikap dia. Kadang2, iza tengok sesetengah org tu buat muka sombang ngn iza. Menusuk betul bila tengok dia. Yela, cuba bayangkan. Contohnye, kita ni beriya la senyum mcam kerang busuk kat org tetiba org yg tengok kita senyum tu balas dengan muka yg xpuas ati plus sombong gila. Panas ati kan?

Banyak dah iza jumpa orang macam tu, tp bila pikir balik. Mungkin ke org tu buat muka camtu sebab tgk muka kita camtu??? Kita xnampak kan muka kita sendiri? Orang len yg leh tgk muka kita. Mungkin kita dah senyum, tapi orng yg nampak muka kita xnampak kita senyum. Boleh jadi kan? So, untuk hilangkan rasa panas di hati tu. Iza assume la sape2 yang buat muka sombong ngan iza tu sbb dia nampak iza macam buat muka sombong. Pada sape2 yang berselisih ngan iza, tp iza buat muka sombong tu iza mintak maaf la. Iza xsedar pon iza buat muka sombong. Iza dah cuba sedaya upaya untuk senyum. Heeeeee.

Jadi, senyumla kita sama2. Walaupun iza ni bukan jenis yg sentiasa senyum. Tapi iza cuba jugak senyum dalam ape jua keadaan skali pon. Sebab dengan senyuman la, orang lain senang ati dengan kita. Janganla buat muka sombong xtentu pasal. Heeeee. :)

Itu aje la nk share. Doakan perjalanan balik PJ iza sok selamat, insyaallah.
Tapi sebelum iza masuk tido, iza kene solat isyak dulu. 


Selamat menunaikan solat isyak sume.

Assalamualaikum. :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments