Day 109: Kecewa ku terkecewa.

By saya_iza - April 22, 2012

Assalamulaikum.

Hidup ni tak akan sentiasanya indah. Ade sesetengah masa, mesti kita akan lalui kesedihan. Tak kisahla kesedihan dari segi macam mana pun. Ape itu kecewa? Ape punca kita kecewa? Mungkin dari kegagalan diri kita atau kegagalan orang lain. Saya bukan ahli sastera untuk mendefinisikan ape itu kecewa. Dari segi logiknye, kita kecewa bila kita gagal. Betul kan? Kita jugak akan kecewa bila orang lain gagal sebab kita mengharapkannya berjaya. Betul jugk kan? 

Bila kita kecewa, wujud la kesedihan. Terlampau atau tak terpulang pada individu. Mengikut agama, itu semua dugaan. Ye, memamng duagaan pun. Kita hidup di dunia ni untuk di uji. Saya juga diuji. Kita hanya hidup sementara. Merasai setiap perasaan itu adalah anugerah dari DIA. 

Kita selalu mengeluh kerana kekecewaan tanpa bersyukur dengan nikmat yang telah diberi. Apekah kita ni buta? Mungkin bukan buta mata, tapi buta hati. Saya takut jadi orang yang buta hati. Takut tak jumpa jalan yang lurus. 

Sebab itu la DIA kurniakan kita sifat sabar, agar kita dapat mengawal kekecewaan yang kita alami. Kesedihan yang kita rasa. Saya bersyukur kerana masih mampu bersabar. Masih dikurniakan sifat ini. Sabar itu separuh dari iman. Alhamdulillah. DIA Maha Mengetahui. DIA Maha Melihat. Insyaallah. Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk hidup di dunia yang sementara ini. 

Kecewa atau tidak, sedih atau tidak, sabar atau tidak. Bersyukurlah dengan nikmat yang di beri. Saya juga manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Jagailah hati sendiri dan hati orang lain. Supaya tidak terluka.

Assalamulaikum. 


P/S: Falsafash atau falsampah, iza cuba yang terbaik untuk jadi yang terbaik.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments