Day 110: I am nothing.

By saya_iza - April 26, 2012

Assalamulaikum.
Iza kat library ni, menyiapkan kerja2 tergendala. 

*      *      *      *

Ada ketikanya, kita umpama manusia yg tak dianggap. Kadang-kadang hanya di pandang sebelah mata. Mungkin kita tak sempurna seperti orang lain. Atau mungkin kita tak layak berada di sana. Hati cuba tersenyum, walaupun sakit. Kegembiraan yang dilahirkan mungkin hanya ilusi. Diri yang tanpa dilihat, haya mampu mendiam diri. Kata-kata yang mungkin buat hati tersentuh. Tapi apa kan daya, diri tak mampu berbuat apa. Senyap seribu bahasa, mungkin jalan terbaik melayan diri. Allah itu ada dengan kita, Dia lebih tahu.

Kenapa? Tak ada ke cara lain untuk selesaikannya? Haruskah begini? Hati, kuatkanlah hati. Kerana hati mampu tersenyum. Ambil sebagai iktibar, peringatan dan pengajaran. Berdirilah di kaki sendiri. Walaupun beribu tahun, masih perlu sendiri. Mungkin mereka tak faham, kerana mereka tak merasa. Mungkin mereka faham, tapi mereka tak memahami. 

Hati, tenanglah. Senyumlah. Walaupun dibenci, dikhianati, dimaki atau ape pun jua, tersenyumlah. Berikan senyuman yang terindah. Biarkan mereka tertipu. Kerana hati bukan milik mereka. Kerana hati ketahui segalanya.


*      *      *      *

P/S: Iza xtau, tapi iza suka. Iza sedey, iza gembira. Tapi iza tetap suka. :)  

  • Share:

You Might Also Like

0 comments