Day 135: What is Gmarket???

By saya_iza - November 11, 2012

Assalamualaikum.
Hello readers, long time no see. It's been a week. Iza agak busy minggu ni. Dengan seminar la, jumpa customer la, kena buat itu kena buat ini. Ish ish. Banyak sungguh kerja kamu ye cik Iza. Huhuhuh. Ni la lumrah kehidupan bekerja. Sebab tu bila weekend Iza akan spend masa untuk hilangkan penat dengan cara meng-online-kan diri, main game, pergi jalan-jalan. Jadi tak sempat la nak berbloging even iza online sebab iza buka web lain. Hahahha. Banyak plak iza punye citer kan.

Ok, lets move on dengan tajuk entry iza kali ni. Gmarket. Ape tu? Kedai ke? Pasaraya baru bukak ke? No no no. Ini adalah website untuk shopping online. Alaaaa. Macam Zalora tu. Tapi ni bukan adik-beradik Zalora la. Macam Zalora tu, diaorng just jual barang sebagai main seller. Macam Gmarket ni, dia ade banyak seller or shop yang kita boleh pilih nak beli dengan sapa. Ala-ala mudah.com dan sewaktu dengannye.

Tapi tu dulu je dikenali sebagai Gmarket dan biasanye iza penah dengar dulu Gmarket ni orang korea or jepun je yang selalu guna. Skarang dah tukar nama kepada Qoo10 and macam-macam negara boleh beli and jual kat sini. Ape yang seronoknye join Qoo10 ni, dia ada bagi discount. Dependsla, kadang-kadang every week. As a shopaholic, iza memang suka website ni. HAHAHAHAHAHAHA!

Sorry ye. Iza memang suka shopping. Kepada Mr.BF, saya mintak maaf sangat-sangat sebab dapat girlfriand yang kuat shopping. Actually, masa iza belajar dulu iza banyak pendamkan je ape yang iza nak. Bila iza dah start keje, mula la iza banyak melabur duit iza ke arah yang menyesonokkan. Hahahahaha.

Cukup-cukupla membebal ye. Iza proceed dengan tujuan iza citer benda ni semua. Ok, sila lihat pic di bawah:




All this item iza beli dekat Qoo10 tu, directly from Korea. Hahah. Iza tak tau la. Sejak dua menjak ni berminat betul dengan barang kosmetik. Hahahha. Tak sangka post pasal make up ritu sampai 7 orang tengok. Hahahhaha. Boleh buat lagi ni. :P Peduli ape anda sume nak tengok ke tak. Bukan iza tau pun. Hahhah. 

So basically iza beli barangan dari Etude House.


Precious Mineral Sun BB Cream. Terdapat dalam 3 warna, ikut la warna kulit masing-masing ye. Heeee. 


Precious Mineral Sun BB Finish Powder. Yang ni tak ada pilihan. Warna loose powder ni agak cerah, tapi iza rasa ok je kot. The best part is bedak ni sangat wangi. Awesome!

Kenapa beriya-iya nak beli dari Korea? Kedai Etude House bersepah-sepah kat Selangor/KL ni. Sebabnye, beli direct Korea agak murah berbanding beli kat Malaysia ni. Harga BB Cream tu iza penah tanye kat kedai Etude House RM100++. Tak mampu saya nak beli. Hahahhaha. Tapi beli dekat Qoo10 ni cuma RM50++ je. Separuh dari harga kat Malaysia. Quality pun sama so far. So tak ada hal la.

Boleh percaya ke Qoo10 ni? Memula iza pun tertanye-tanye. Ye ye je orang yang jual ni cakap dari Korea, ntah boleh percaya ke tak ntah. Tapi as far as yang iza penah belanja kat Qoo10 ni memang boleh dipercayai. Nak senang cari je mana-mana seller yang ade banyak Premium review. Ape tu Premium review? Panjang lebar nanti kalau iza explain. Sila la tengok kat website ni sendiri: Qoo10

Wah! Panjang pulak iza membebel pasal Qoo10 ni. Hahah. Sorry ye, actually iza teruja part from Korea kat parcel yang iza dapat tu. Ni tracking yang iza print screen.



Hahahaha. Especially part Incheon tu. Hahahha. Sorry la super excited sikit bab-bab korea ni. Sebenarnye bukan semua dari Korea. Ada jugak dari Malaysia. Iza ada beli memori kad Sandisk 16GB kat situ. So far so good la. So, sapa-sapa yang suka bershopping online, bolehla clik dekat link Qoo10 kat atas ye. Selamat bershopping!

P/s: Iza rasa nak buat review pasal make up lagi. Patut tak dengan muka innocent iza yang tak seberapa tu?? Hahaha! Nasibla. Iza nak buat jugak. Pic convo yang lain-lain iza akan update next entry. Promise!

  • Share:

You Might Also Like

22 comments

  1. payment kat qoo10 tu mcm mne yek?

    ReplyDelete
  2. sy bese buat payment melalui online banking. klu ada credit card blh jgk klu nk pakai. tp lg senang online banking kot. pilih la bank mne yg awk guna. sy bese guna cimbclick.

    ReplyDelete
  3. ouh....x leh gune money trnsfer ke account dorang ke?

    ReplyDelete
  4. Maksudbnye cash deposit kt bank tu ke? Klu mcm tu xleh. Sbb duit tu bkn direct pergi seller. Ade company yg handle duit tu. customer dh dpt brg baru dia bg seller.

    ReplyDelete
  5. Shipping sis guna apa? Boleh tak sis explain psl shipping?

    ReplyDelete
  6. Biasanya shipping depends dekat org jual brg tu. Ada certain shipping dia mahal giler sbb dia jual produk murah. Ada certain dia jual produk mahal tapi shipping murah. Tapi klu macam sy, sy lagi prefer shipping yg provide tracking number. Besenye dia ada mention provide ke x. Nama shipping dia tu berbeza-beza sikit. So kena baca betul2. Klu nk betul2 murah amik yg xde tracking number la. Dia pakai air-mail biasa. Agak merisaukan jgkla sbb kita xleh nak trace brg kita. Melainkan klu most of the feedback yg seller tu dapat semua cakap guna air-mail biasa, then yg tu blh percaya sikit. :)

    ReplyDelete
  7. Nnt parcel tu smpai kat rumah mcm poslaju ke? Oh ya payment through cimbclick/ maybank2u transfer ada charge apa2 tak?

    ReplyDelete
  8. Nnti parcel tu sampai macam pos biasa. Dia tak selaju post laju. heheh. For payment, so far takde charge pon. Sebab ada choice nak bank mana. Melainkan klu pilih bank lain bayar bank lain. Tapi rasanya xleh camtu kot. Sebab dia link terus bank yang kita pilih tu. Sebab kita akan bayar through ipay88 klu tak silap. Tak ingat. Tapi yang tu don't worryla. As long as guna acc bank should be no problem. Tapi klu pakai credit card tu beware sikit plus dia save la num credit card. Macam bahaya jugakla. Better pakai acc bank je. :)

    ReplyDelete
  9. Sya ada tnya maybank if ada charge apa2 tak then diorg ckp kena caj rm10.Btw thank you so much sis.teringin nk beli product from qoo10 lps bca review sis:)hihi

    ReplyDelete
  10. Sis,sya ada tgk review from cust yg dh beli brg dri qoo10.bnyk yg dh dpt brg tp bnyk juga yg belum dpt brg.klau mcm tu patut ke beli dri seller tu?

    ReplyDelete
  11. Most welcome dear. Pasal yang kena charge tu orang Maybank yang cakap ke? Yang tu mcm xpasti la pulak. Sebab so far sy beli xde plak kena charge. Tapi biassanya saya guna CIMB je(sebab bank tu je byk duit. hahahha). Untuk seller yang dapat feedback -ve tu kena tengok betul2 la. Klu ramai bg feedback +ve dari -ve boleh je nak try beli ngan dia. Klu lg byk -ve tu better jangan la. Dekat qoo10 ni yang payahnye kita xleh nak direct contact seller dia. Xmacam kita beli kat lelong or mudah. So kena hati2 sikit la. BTW, thanks a lot sebab sudi singgah blog sy. :)

    ReplyDelete
  12. Aah maybank ckp ada kena charge.teringin nk beli dri situ sbb harga kat malaysia ni cekik darah betul except if ada promo haha no prob sis thanks for ur explaination =^.^=

    ReplyDelete
  13. owh. yeke? klu macam tu try guna CIMB la. Memang harga harga kat Malaysia mahal. Tapi klu brg kosmetik tu careful sikit. Takut fake. your most welcome. :)

    ReplyDelete
  14. Okay.sis,boleh explain psl q-price n deal price? Plus mcm mna nk dpt coupons?

    ReplyDelete
  15. Dear, saya ada buat explanation kat sini: http://izapunye.blogspot.com/2014/01/day-168-how-to-shop-at-qoo10.html
    sebab kawan sy pon ada tanya jugak. So better sy explain trus. Senang sikit. Nanti klu ada yang tak faham, boleh komen lagi. :)

    ReplyDelete
  16. boleh buat payment guna maybank2u ke?

    ReplyDelete
  17. awk boleh refer entry sy yg ni. :D

    http://izapunye.blogspot.com/2014/01/day-168-how-to-shop-at-qoo10.html

    ReplyDelete
  18. Iza macam mne nk bt payement pkai cimb bank tuh ? Boleh terangkan x ?

    ReplyDelete
  19. Iza macam mne nk bt payement pkai cimb bank tuh ? Boleh terangkan x ?

    ReplyDelete
  20. Iza macam mne nk bt payement pkai cimb bank tuh ? Boleh terangkan x ?

    ReplyDelete
  21. Iza macam mne nk bt payement pkai cimb bank tuh ? Boleh terangkan x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak boleh tengok entry sy yang ni. http://izaramli.blogspot.my/2014/01/day-168-how-to-shop-at-qoo10.html
      :D

      Delete