Day 137: Self motivate.

By saya_iza - November 24, 2012

Assalamualaikum.
Selamat malam semua. Actually I'm not in a good mood. Iza tak ada tempat nak coretkan bad mood iza ni. Tonight, I'm so tired, so frustrated and so sad. Kadang-kadang bila iza fikir balik, people do not thank me. Not appreciate. Kita berusaha macam mana pun orang tak pandang. That makes me really sick of it. Don't think too much. As my director said, I have a big heart. Stay calm and focused on your career. Honestly, rasa kadang-kadang macam nak give up pun ada. Tapi Allah tu Maha Memahami, dia berikan iza sabar. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah akan berikan yang terbaik untuk hamba-Nya yang selalu meminta kepada-Nya. InysaAllah.

Mungkin betul ape yang kakak kat ofis iza tu cakap. Cuma iza je yang susah nak percaya. Sebab iza berpegang pada kejujuran dan kepercayaan. Tapi tu semua tak mencukupi sebenarnye. Bila dengar cerita kakak tu jadi takut plak nak meneruskan perjalan ke fasa lain. Banyak betul komitmen yang kena ada. Iza tak rasa iza cukup kuat nak jadi macam dia. Kadang-kadang sedey pun ada bila dengar cerita dia. Mungkin ke iza akan mengalami perkara yang sama kalau iza ikut cara dia.

Iza belum cukup matang nak hadapi ape yang kakak tu dah hadapi. Mungkin iza tak cukup kuat. Betul cakap kakak tu, habis-habis pun kita cuma boleh mengeluarkan air mata. Itu la yang iza sentiasa buat. Tapi sampai bila? Allah tu Maha Mengetahui. Iza tak tau ape yang Allah tentukan untuk iza. Iza cuma merancang. Tapi andainye rancangan iza tak seperti yang Dia nak, pasti ada cara Dia perbetulkan. Allah tu kan Maha Kuasa.

Cara paling terbaik untuk sembunyikan kesedihan dengan senyuman. Iza mungkin pelakon terhebat untuk bidang ni. Tak kan ada siapa nampak perasaan iza. Mungkin sebab tu orang susah nak paham iza. Biarla iza je yang tau apa yang iza rasa. Tak perlu nak kongsi rasanye. Cuma dekat sini iza nak lepaskan ape yang terbuku dengan coretan.

InysaAllah, setiap masalah ada penyelesaiannye. Good luck for my self and for all readers yang baca blog iza ni. Amin!

Assalamualaikum!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments