Day 140: It's December

By saya_iza - December 16, 2012

Assalamualaikum.
Hi readers, how are you? Me? Just fine. Iza baru je lepas bercuti-cuti Malaysia last two days. Iza pergi Legoland. Yang tu iza update nanti. Actually tak ada mood pun nak update. Tapi sebabkan iza ada tengok 1 citer korea ni, tetiba rasa cam nak update blog plak even tengah pakai mask. Hahaha.

Penah dengar citer ni?
Asnwer me / Reply 1997

Kawan iza yang kenalkan citer ni kat iza. Very nice and unique k-drama. Seriously! Tak tipu punye. Jalan citer dia agak unik la. Sebab dia mengisahkan tentang 6 orang kawan dalam pic kat atas tu masa tahun 1997 and masa tu dorang 15 tahun. Bila tengok citer ni dia betul2 teliti sebab dia memang masukkan semua yang ada masa tahun 1997. Tv dia, kaset, disket, walkman. Just nice. 

Bila tengok citer ni iza teringat plak kat diri sendiri. Skarang dah December. Next year iza dah 24 tahun. Dah banyak sangat masa berlalu. Tetiba teringat masa zaman sekolah rendah. Seorang pengawas yang akan marah sambil menangis bila classmate dia tak nak senyap. Hahaha. kelakar betul bila ingat balik. Masa darjah 1 je iza sempat pergi sekolah dengan abang iza. Tu pun sekali je. Sampai jatuh sebab excited sangat. Huuuuu. Teringat masa tu guna disket nak simpan segala macam file.

Then teringat plak masa iza sekolah menengah. Basketball player yang tak berapa nak hebat sangat. But until now iza tetap suka main basketball. The best game ever. Duduk hostel yang dekat dengan ladang kelapa sawit. I really missed MRSM Mersing. Huuuu. Sebelum tu sempat ada geng anime kat Assunta. Curious Play. Citer yang xpenah missed setiap kali balik sekolah. Majalah Kreko. Few days ago iza ada kemas almari, then jumpa surat-surat lama iza. Teringat plak iza ni fan kreko sampai post surat kat kreko then ramai yang nak berkenalan. Who ever read this yang penah langgan majalah kreko back in year 2003/2004, i'm Sakurafiza/Kinomoto Sakura. Peace! :P Iza baca sume balik surat-surat tu, tapi iza tak ingat iza reply ke tak. Or iza dah reply tapi tak ada orang reply balik. Sumpah tak ingat. I wish i can send back all the letter back to the sender, tapi belum ada kesempatan or maybe tak akan dapat nak buat macam tu. I really missed that moment, bila iza kenal ramai kawan. Ade yang baik, ada yang jahat.

Then teringat masa dekat matrik dulu. The most sweet memory i ever had. Iza paling suka masa matrik. Iza ada roommate yang betul-betul care sesama sendiri. Rindu sangat kat dorang. Pergi mana-mana pun sesama. Sedey sama-sama. Happy sama-sama. Paling seronok sekali masa tu tengah excited dengan kpop. Sampai nak buat kerja gila nak menari ala-ala kpop. Hahaha. The best part bila kitorang buat video hantu. Rindunye semua tu. Tapi malangnye iza dah tak jumpa video tu. Hope can see them in future.

Baru iza sedar skarang ni iza dah bekerja. Already past 5 months. I'm no longer kids. Tetiba teringat lelaki2 yang penah hadir dalam hidup iza. Who ever it is, iza nak ucapkan terima kasih sebab banyak bagi iza pengalaman n ajar iza erti kehidupan. Thank you so much for the memory.

Rasa macam baru semalam je iza graduate. Padahal almost 2 months berlalu. Terlalu banyak kenangan n peristiwa yang iza lalui. Iza rasa cukup stakat ni je. Iza nak masuk tido. Esok dah start keje. Nite everyone.

Assalamualaikum. :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments