Day 143: Etude House free mask!

By saya_iza - January 14, 2013

Assalamualaikum.

Hello readers, hari ni iza nak citer pasal mask free yang iza dapat masa beli barang Etude House. Kalau nak tau yang mana boleh click sini: Day 139: Etude House Christmas Promotion!!!

Ape yang best sangat pasal mask ni? Cuba tengok pic kat bawah.


Ape benda ni? Macam panadol je kan? Ade la sikit macam panadol. Keras lak tu. Haish. Camne lak la benda ni boleh jadi mask. Actually, dah banyak dah kat kedai kalau nak cari mask macam ni. Contohnye macam kat Daiso.


First thing first kita kena ada toner ye kawan-kawan. Kalau tak ada toner tak payah nak pakai mask ni. Bak kata Mr. BF iza, pakai air boleh ke? Hahaha. Kalau dah pakai air, lebih baik rendam je muka kat dalam baldi. Sama hasilnye. Hahahaha. Pakai toner ye, bukan air. Hehehe. Toner tu tak kisahla nak pakai toner ape pun. Tapi iza pakai toner Malgem dari Etude House. Ni je pun toner yang iza ade. Huuuuu.

Mula-mula kenala rendam mask yang macam panadol ni dengan toner yang kita ade. Tunggu sampai kembang.


Tada!!! Ni la dia mask yang dah direndam tadi. Tak lama pun nak tunggu. Letak je toner terus kembang semangkuk. Hahaha. 



Scary tak? Huhuhu. Sorry la muka dah buruk. nak buat macam mana. So this is how i look like bila iza pakai mask tu. Huuu. Masa pakai mask ni bau dia giler wangi. Tapi actually iza tak tau toner iza yang wangi ke or mask tu pun wangi jugak. Huuu. Tapi memang rasa macam pakai perfume kat muka la. Hahah. That's it pasal free mask yang iza dapat.

Next iza nak share ape yang iza beli last month. Etude House year end sale! Giler best plak kan, buy one, free one. Siapa yang tak nak. Iza salah sorang yang tak nak lepas kan peluang ni. Ye la, mana tak nye. Harga barang kat Etude House ni mahal. Sebab tu iza beli online. Tapi bila ada sale macam ni memang sanggup la nak beli kat kedai Etude House yang ada kat Malaysia ni.

Produk Etude House ni sampai my sis pun nak join beli jugak. Siap kirim nak beli BB Cream sebab dorang kata best bila pakai. Memang best pun, nampak cam cantik je muka. Hahaha.


BB Cream SPF35
 

Sun BB Cream SPF50

So ni la dua BB Cream yang iza beli. Ops! Bukan dua ye, tapi empat. Beli 1 percuma 1 kan. Iza pun nak jugak. Buat stock. Bukan senang nak dapat offer macam ni. So beli jugak untuk diri sendiri untuk simpanan masa depan. Heeee. Yang first tu murah sikit sebab dia BB Cream biasa macam dalam citer To The Beautiful You tu.


Tu dia, laki pun pakai. Ops! Hahah. Ni tak tau eh. Dalam citer tu yang macam ni. Iza print screen je.

Second BB Cream tu mahal sikit. Mungkin sebab dia tulis kat situ long lasting kot. Tu yang mahal tu. Plus BB Cream tu agak baru lajugak lagi kalau nak compare yang first tu. So, both kak long and kak ngah amik yang second tu. Dorang share berdua. So iza kenala amik yang first. Dua ketul plak tu. Huhuhu.

Actually masa tu Etude House ade promotion kalau beli RM80 ke atas kalau tak silap dapat free calendar. Comel kan calendar kat bawah ni? So iza dapat dua la sebab sampai berapa ntah iza beli.


Lepas dah balik shopping Etude House, kak ngah bising lak. Dia cakap nape tak belikan loose powder. Huuu. Adoyai. Lupa la plak. So terpaksala pergi lagi. Memula tu beli kat Times Square. Lepas tu pergi Sunway plak. Ni sume gara nak beli loose powder kat bawah ni. Kenala iza share dengan kak ngah. Hahaha. Tak pasal-pasal je kena beli loose powder kan.


Bukan stakat tu je. Dia siap beli krim untuk orang yang tua tu lagi. Hahah. Tak ingat la nama dia ape. Memang kaw-kaw dia beli. Eh eh? Macam kak ngah plak peminat Etude House. Hahaha. Ok la. Cukupla bebelan untuk malam ni. Mengantuk dah. Nite everyone.

Assalamualaikum!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments