Day 163: Review Cabaran 28 Hari Belita Rae Skin Works (Week 1)

By Izaramli - December 23, 2013

Assalamualaikum readers!

Alamak! Iza terpost review lambat. Supposedly semalam. Tapi Iza sangat sangat sangat penat semalam balik daripada kenduri kawen dekat kampung nun di Perak sana. So, disebabkan sangat penat, Iza pun tido dengan awalnya. Okla. Tak nak bebel panjang-panjang. TAKE NOTE ye kawan-kawan, Iza nak ingatkan lagi sekali yang kulit kita berbeza-beza. Jadi effect juga berbeza-beza. This is what I feel and experience. At the end of 28 days tu Iza akan rate produk ni. Weeee. :D

Before that, Iza nak bagitau awal-awal ni. This review apa yang iza alami sepanjang seminggu iza pakai produk ni tau and Iza ni a bit particular sikit bab-bab skin care ni. Eh eh. Heeee. So, take it positively ye. :)

Lets begin!

1st to 2nd days. Iza tak rasa apa-apa perubahan pun dekat muka. Macam biasa je. Teruja juga bila baca testimoni ramai dah dapat kesan on 2nd day tapi Iza xde pulak. Cumanya bila pakai cream Acne, Whitehead and Blackhead tu rasa pedihla bila sapu kat jerawat. Lebig kurang macam kita sapu OXY10 i guess. Rasa pedih dia. Jerawat Iza tak mengecut pun macam dalam testimoni tu. Lagi masak ada la. Heheh. Tapi bagus juga. Iza lebih prefer yang macam tu. Atleast Iza boleh buang benda yang kotor tu instead benda tu dok diam dalam kulit kan?

2nd to 3rd day. Iza rasala iza tertonyoh kuat kot muka Iza. Belakang kotak tu kan ada bagitau cara-cara nak pakai. Ada dia mention untuk lap muka dengan lembut. Besela. Iza ni memang pengganas sikit. Sebelum-sebelum ni memang Iza tonyoh kuat sikit especially bahagian hidung sebab nak buang "nasi-nasi"(hanya gadis-gadis je yang paham). Tapi bila Iza pakai ni, sebabkan tonyoh kuat habis mengelupas hidung Iza. Oh no! My mistake! Please ye kawan-kawan. Baca instruction betul-betul.  Kalau dia kata dengan lembut maka dengan lembutla kita buat. Huhuh.

3rd to 4th day. Hidung still mengelupas. But don't worry. Iza selalu guna tips yang Iza reka sendiri ni. Bila ada part yang megelupas tu letak je moisturizer, klu xde Iza akan guna lotion. Sebab apa? Sebabkan moisturizer tu kan melembapkan kulit sama juga macam lotion. Actually, barula Iza perasan yang sebenarnya kulit Iza jadi kering. Sebab tu menjadi-jadi dia mengelupas. Part yang Iza letak cream acne tu pun mengelupas jugak. Tapi Iza tak risau sangat sebab part yang letak cream acne tu lepas nk buang yang mengelupas tu dia ok je. Part hidung je disaster sikit. Kasihan saya. :(

4th to 5th day. Hidung dah kurang mengelupas cuma bahagian tepi-tepi hidung tu still mengelupas. Tapi Iza baru perasan, minyak kat hidung Iza dah berkurang lah! Iza ni pemakai BB cream tegar. Iza ada 2 jenis BB cream and 1 jenis Precious Mineral Any Cushion (semua daripada EH). Ketiga-tiga kosmetik ni memang pembawa minyak yang banyak pada muka Iza. So kalau pakai memang cun melecun tapi lepas tu nanti dah boleh goreng telur kat muka. Ahaks! Especially yang Any Cushion tu. Tapi bila pakai Belita Rae ni, kulit Iza memang less oily. Good job walaupun hidung ada sikit mengelupas! :D

5th to 6th day. Hidung dah kurang sangat mengelupasnya. Then Iza rasa kawah bulan kat muka Iza ni dah tak berapa nak besar sangat. I mean pori-pori tu la. Kan macam kawah kat bulan. Eh? Muka tetap juga kering lepas cuci muka. Still less oily. Jerawat pun Iza dah buang mana yang patut. Semuanya dah kurang. Lega la sikit. Kalau x cuak. Hehehehe.

So that's it. Sorry la xcukup tujuh hari. Tapi memang nak review 6 hari je. Tu la seminggu Iza plus gambar pun Iza leatk 6 je macam kelakar pulak kalau letak 7.

Sila click untuk teumbesaran
Sila abaikan muka pelik di atas. Lihat pada keasannya sahaja. Huhhu. Tapi perasan x the last pic asal cam glowy sangat compare to others? Eh? Good. Good. Xtau la kawan-kawan semua ni nampak ke x perubahannya. tapi Iza dah pun explain kat atas harap-harapnya kawan-kawan paham la ye? Heeeeee.

Iza akan continue untuk lagi 3 minggu! Chayok-chayok! So sesiapa yang ada pakai produk ni jugak boleh la sharing is caring dekat komen bawah ni ha. Boleh la tau juga apa experience kawan-kawan semua.

Itu saja untuk hari ni. Sekian. (^.^)V

Assalamualaikum!

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. satu set tu tahan untuk berapa lama. n now muka dah ok ke?

    ReplyDelete
  2. Satu set tu boleh tahan satu bulan kalau guna xbyk. Latest sy akan review ahad ni. Last review. :)

    ReplyDelete
  3. knp sy pakai tk ade kesan lagi?
    dah seminggu
    kulit menggelupas d atas kelopak mata
    mohon terangkan
    mekaseh

    ReplyDelete
  4. Depends on skin la sy rasa. Sbb saya pun mengelupas tapi bahagian hidung. kalau nak tau lebih lanjut kena tanya ejen Belita Rae or Husna (founder Belita Rae) sendiri. Plus saya rasa product sesuai untuk org yang ada heavy pimple. Kulit muka yg tak banyak jerawat mungkin xberapa nk effective macam saya.

    ReplyDelete
  5. rasanya yang mengelupas tu nk buang sel kulit mati selalunya la..i thought belita ni xmengelupaskan kulit..baru nak try..huuuhu..sbb b4 dis da penah pkai produk yg peeling,pedih woo..now nk cuci dalaman dulu..consume perla coffee je..cerah da, tp still jrwt naik..huuhu..sbln sekali xsah xnaik..

    ReplyDelete
  6. @fatimah kamsah, xtaula. Mungkinla kot. Tp xpedih la cuma huduh sket la. Klu awak jerawat bese2 je sy xrecommend. Tp klu jerawat truk sy recommend guna. Best ke perla coffee? Sy teringin nk try tp yg xbestnye sy xminat coffee. Sensitif. Blh sakit kepala minum coffe, nescafe n seangkatan dgnnya.

    ReplyDelete