Day 173: March favorite? Eh! It's April!

By Izaramli - April 03, 2014

Assalamualaikum!

Hello readers! Wah! Lama tak Iza menyepi lepas update pasal majlis tunang Iza? Hahah. Not really busy, tapi malas macam dinosaur tu ada. :P

Ape nak citer sebenarnye? Iza pun tak tau. Tapi rasa macam nak pepoyo sikit. So budget nak buat shopping haul. Tapi  memandangkan ape yang Iza nak share bukan dari bulan yang sama Iza belinya, kita panggil favorite la ye kawan-kawan?

Kenapa March? Sekarang dah April kan? Hehehe. Sorry la, mundur ke belakang sket. :P


Pink Monopod! Iza memang agak teruja la bila mula-mula ada monopod ni. Nak kata mahal, boleh tahan la. Yang ni Iza beli dekat IG @ozzyphoto. Klu ada sesapa teringin nak ada monopod boleh visit IG dia ni. Tapi bukan dia je la yang  jual. Skarang ni dah bersepah orang jual. Taip je monopod, confirm ada je keluar. Klu nak lagi murah boleh pergi search kat Lelong. Pun banyak jugak yang jual. Murah pun murah. Masa Iza beli ni, Iza tak pergi buat research kat Lelong. Hahaha. So dapatla yang ni. But to be honest, service @ozzyphoto memanglah ohsem!


Drawing Show Creamy Liner from Etude House (EH)! Sorryla, pic dah kena pakai. Yang masa awal-awal beli tu ntah mana ntah picnye. Beli eyeliner free brush kecik tu sebatang. Sejarah Iza pakai eyeliner ni berperingkat jugakla. Klu dari dulu pakai pensil kayu tu, then Iza try pensil yang bukan kayu version plastic punya. Tak payah nak asah-asah. Lepas tu try pulak liquid eyeliner and the latest one yang kena pakai brush macam ni. Banyak plak yang Iza yang try. Among all, the best is this one. Iza memang suka sangat eyeliner ni. Masa memula pakai memang tak pandai la nak lukis. Memang comot la and at that time memang lagi prefer liquid eyeliner and pencil eyeliner. Tapi bila dah pandai lukis, Iza rasa guna brush lebih kemas plus Iza boleh lukis ape yang Iza nak. Lagi senang kot. Heheh. Kawan-kawan semua boleh try la nanti ye. Beli kat EH. Price Iza tak ingat. Cuma disadvantagenye pakai brush ni, kita kena cuci hari-hari bruch dia. Eyeliner ni cepat kering bila cepat kering dia cepat keras. So klu biar brush dia lama nanti jadi keras kematu pulak. Kena rajin sket la klu nak pakai eyeliner ni and nasihat org kat EH, dia kata jangan biarkan bekas tu terlalu terdedah sebab boleh buatkan eyeliner dalam bekas tu keras jugak. Leceh kan? Tapi Iza suka juagk. :P


Maybeline  Bold Matte Sugar Pink. Ohhh! Iza suka lipstick ni! Iza suka kaler dia. Niat dihati beli lipstick ni sebab nak pakai time tunang ritu. Sebab budgetnye kakak sendiri yang make-upkan. Sekali kakak upah orang plak untuk make-up. So pakai pergi keje je la jawabnya. Love the color so much. First time Iza ada lipstick merah camni. Biasanya pink memang betul-betul pink. Ni Pink jugak namanya, tapi warnanya dah dekat sangat dengan merah. 


Solution for Sensitive Eyes from Bausch & Lomb. Iza beli ni sebab murah plus masa tu Iza dapat voucher RM5 dari Guardian. Memandangkan masa tu, voucher tu tempoh 7 hari je. Dengan cepatnya la Iza menyambar apa yang patut kat Gurdian. Lagipun masa tu solutin yang Iza ada dah nak habis. So baik Iza beli je. Dah alang-alang kan? Heee.


Wonder Pore Cleansing Foam and Toner. Wah! Ni memang kaeluar duit banyak. Tapi apakan daya, cleansing foam Iza dah nak habis, toner nak habis jugak. Disebabkan EH ada sale, BUY 1 FREE 1. Sape tak nak kan? Sebab Iza memang dah biasa pakai produk EH, so memang excited la nak beli. Lepas ni Iza nak try Wonder Pore. Ni award winning punya produk tau. Jangan Main2. Nanti kita review dia award winning ke tak kat muka Iza. So Iza beli cleasing foam, Iza amik free tonner..


Yang plak Iza beli moisturizer and Iza amik free cleansing foam. Cleansing foam cepat habis, so better amik 2.

Itu je la kot yang Iza rasa cam nak bebel. 
Terima kasih sebab sudi membaca.
Assalamualaikum!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments