Day 174: Resepi Meatball Sweetsour Cheese

By Izaramli - April 13, 2014

Assalamualaikum!

Hi readers! Apekah mimpi Iza tetiba je nak share resepi ni?? Hahah. Tak ada mimpi pon. Cuma Iza rasa macam sedap je and macam best je kalau share. Apa salahnye kalau orang lain pun cuba jugak kan? Resepi campak-campak je ni. Rasa dia memang ohsemmmmm untuk tekak Iza. Orang lain tak tau la. So, let's get started!

Bahan-bahannya:

1) Meatball (apa-apa brand pon boleh, Iza guna brand Saudi recommended by my niece. FYI Iza memang tak pernah beli meatball untuk masak sendiri selama ni. :P)

2) Sos Cili (pun up to you guys. Mana yang korang suka la. Iza main campak je ape yang ada kat dapur. Tapi sebab kat dapur ada 2 jenis sos cili, Iza prefer yang sos cili yang standard takde campur bawang putih tu. See picture below)

3) Sos tiram

4) Sos masam manis (ni penting, ni penyebab ade rasa macam manis tu)

5) Air

6) Cheese (ni pun penting, klu tak takdela namanye Meatball Sweetsour Cheese kan? Heheh)

7) Bawang merah (yang ni OPTIONAL, nak letak boleh, tak nak pon boleh. Up to you guys.)

Empat bahan utama untuk kuahnya. Ni yang Iza guna.
Cara-caranya:

1) Bagi yang nak letak bawak bolehla tumis bawang dulu. Kalau tak nak bawang then boleh straight away campak meetball dalam pan korang. But this time Iza buat lupa plak nak campak bawang, so Iza letak bawang tu kemudian.


*Nota kaki: Goreng betul-betul eh, kang tak masak plak bahagian dalam meetball korang tu. So, 1st part memang take times sebab nak bagi meatball masak betul-betul.

2) Sementara korang masak meatball korang tu, cilok-cilok sket masa untuk bancuh sos cili, sos tiram and sos masam manis korang tu. Pandai-pandaila agak bape banyak korang nak letak. Macam portion yang Iza buat ni agak banyak la kot. Senang citer, depends korang nk kuah banyak ke sikit. Gaulkan semua sos tadi tu dengan air. Air pun pepandaila korang nk curah banyak mana. Ikut citarasa masing-masing. Don't worry, kalau tak cukup air boleh tambah time dah masuk pan nanti.

3) Bila korang rasa meatball korang macam ala-ala dah masak je, korang bolehla campakkan bancuhan sos korang tadi. Yang tak take times kalau korang rasa meatball korang memang dah masak. But for me, Iza prefer masak lama sikit sebab nk biarkan meatball tu betul-betul masa and serasi dengan bancuhan sos tadi.


*Nota kaki: Bagi sape-sape yang lupa nak campak bawang, boleh campak dah time ni. Kalau korang rasa kuah korang cam pekat sangat walaupun belum sempat meatball korang nak serasi ngan kuah, boleh campak air jugak time ni. Masakla sampai korang rasa yakin semuanya ok.

4) Lepas meatball tu nampak macam sedap je ngan kuah yang ada tu, korang boleh la campakkan cheese korang. Gaul cheese tu rata klu nak nampak kuah tu plain. Tapi klu korang rasa nk campak cam ada rupa cheese tu gaul ala kadar pun takpe. Cuma nanti rasa dia tak sekata la. Masa ni air liur dah macam nak meleleh dah. Campur plak bau dia yang harum semerbak. Time ni Iza akan gaul rata-rata sampai rupa kuah tu nanti jadi pekat.


*Nota kaki: Cheese tu depends la nak campak banyak mana. Ikut citarasa korang. Iza letak ikut banyak Iza suka. Tengok kuah cam tak cantik je Iza tambah la lagi. Hehehe.

5) Bila kuah dah pekat, bolehla dihidangkan ketika panas. :)


Nampak sedap kan? Jemput makan semua and selamat mencuba!

Assalamualaikum!

P/s: Bagi yang dah cuba, please place your comment below. Nak tau gak feedback korang. Sedap ke tidak? Heheh. :)

  • Share:

You Might Also Like

2 comments