Day 184: Bersihkan Kuku Kakiku

By Izaramli - October 11, 2014

Assalamualaikum!!

Haaa. Korang pernah tak alami kuku kaki korang jadi hitam sebab kotor especially pada mereka yang pakai kasut bertutup tapi jenis tak suka pakai stokin macam Iza? (Ok, buat malu je tak pakai stokin. Ok fine. Saya memang tak suka. Ok saiko diri sendiri. Okbai.) Kalau pernah camne korang bersihkan kesan kotor tu? 

Iza penah guna sabun tapi tak berkesan, then ada skali tu time red flag (ni perempuan je yang faham, lelaki dok diam) Iza pakai pewarna kuku. Bila dah nak hujung-hujung tu kenala cuci balik pewarna kuku tu. Tak boleh bawak solat ye pewarna kuku. Melainkan korang guna ynag jenis peel off anytime tu. Skang dah banyak orang jual. Ok bukan nak cerita pasal pewarna kuku. Back to main story. So Iza bersihkan la kuku Iza guna nail polish remover. Kuku tangan ye. Rasa cam bersih je kuku tangan ni. Tetiba rasa cam gatal nak try kat kuku kaki. Zassss! Bersih cantik berseri kuku Iza. Wah! Berkesan pulak.


Ni la remover yang Iza guna. Beli Silkygirl je. Berkesan pun berkesan, murah pun murah. Lagipun remover ni ada Vit E. Ok what? Try la, tengok berkesan ke tak kat korang.

Selamat mencuba!

Assalamualaikum!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments