Day 196: Langkawi Family Trip.

By Izaramli - January 03, 2015

Assalamualaikum!

Hello readers. Rajin tak Iza berblogging hari ni? Hahah. Cuti panjang memang rajin la kan. Padahal, Iza dah tangguh lama entry ni. Sama ngan entry sebelum ni.

So entry kali ni Iza nak cerita our family trip to Langkawi Island. Woohooo!

Family trip kitorang ni bukan tetiba je terjah pergi ya. Ni planning baik punya trip. Begin in Jun 2013 lama tak? Kitorang saving RM50 1 family until Feb 2014. Lepas tu rasa macam kena speed up sebab nak pergi Dec 2014. So kitorang add up jadi RM70 1 family. Tapi Iza punya special case sebab Iza sorang.

Kitorang punya saving ni cukup untuk duit tol pergi balik KL-Perlis-KL, duit minyak RM100 setiap kereta and duit Ferry. Since kitorang ni ramai, kitorang decide nak duduk homestay yang boleh sumbat ramai orang and of course Iza berjaya jumpa macam homestay kat Gambang sebelum ni. Macam mana homestay kitorang ni kejap lagi Iza citer.

So on 2nd Dec 2014 kitorang gerak pukul 11 malam dari KL. Kak Yang Iza gerak esoknya sebab dia naik flight. Hubby dia keje MAS, boleh la dapat discount. Cuma family Abang Mat and Kak Ngah je dari KL. Abang Lan tak jadi pergi sebab wife dia keje plak. Tapi anak dia yang sulung ikut kitorang. Kak Long pulak dah ada kat sana sebab nak pergi kenduri beberapa hari sebelum tu. Then dorang decide nak seberang dulu.

Wefie dalam tandas pun boleh.
Malam tu memang banyak kali berhenti. Yela, masing2 letih kot balik keje. Iza memang cakap awal2 tak nak drive. Kalau Iza laki memang Iza drive la. Tapi tak lalu la nak drive malam. Huhuhu. So Iza tumpang kereta Abang Mat.

Dalam pukul 9 pagi kitorang dah sampai Jeti Kuala Perlis. Punggah2 beg then park, terus gi beratur beli tiket. Sekali dapat tiket awal dalam kul 9 lebih tu dah boleh masuk Ferry dah. Tak sempat duduk pun. Alhadulillah rezeki.

Wefie dalam Ferry lepas dah settle tempat duduk.
Dalam masa 45 min - 1 jam kitorang pun sampai ke Pulau Langkawi. Yea!

Me and Kak Ngah.
Finally arrived! Sampai2 je Jeti Pulau Langkawi, Kak Long dah tunggu kitorang. Then kitorang tunggu Kak Yang plak yang on the way dari airport and kereta sewa. Apa yang bagusnya trip kali ni, kereta sewa ni bukan kitorang yang cari, Tapi pihak homestay yang sediakan sebab dorang kira pakej. Tak yah dah nak pening2 pikir. Dalam pakej kitorang ni, kitorang dapat 3 biji kereta - 2 MPV and 1 Van. Iza tak ingatla kereta apa. Yang pastinya boleh memuatkan kitorang yang ramai ni.

Ni kawasan luar homestay tu
Wefie lagi.
Homestay ni sebenarnya sebiji banglo and dikelilingi beberapa chalet. So family Iza amik banglo tu and 2 buah chalet. Iza and anak2 buah Iza yang perempuan dok kat chalet. Chalet dia tu sumpah selesa. Memang sangat berbaloi. Dah la luas, 2 biji katil queen, siap ada sofa single seater tu 2. TV LCD and toilet dia pun luas. Memang selesa. Banglo dia pun not bad. Ruang tamu luas, ada meja makan, dapur untuk masak and dorang provide gas ya, ada 3 bilik semuanya. Ada kolam renang dekat belakang banglo tapi open for all. Memang selesa. Sorry la Iza tak amik pic, super excited sangat sampai lupa nak amik pic kat kawasan homestay tu. But don't worry, korang boleh tengok FB page dia kat bawah ni:


Cantik kan? Macam private chalet pun ada. Hahah. Cumanya nak cari tempat ni agak susah sebab dia jauh sket dari jalan besar. Overall memang superb. Cumanya iron kena share2, kena pulang setiap 1 jam. Tapi Iza guna je sebabnya, kitorang yang paling banyak menyewa. Hahaha.

Lepas dah masuk barang sume, tak sempat nak berehat pun dorang dah ajak berjalan. Sebabnya tak nak waste 1 hari kat homestay je. So kitorang pergi la ke Datarang Lang. Lagipun family Kak Long yang dah stay dulu kat Langkawi nak pulangkan kete sewa dia dekat Dataran Lang tu. Alang2 tu jalan je la sekali.

Helang atas kepala.
Meroyan lepas tak dapat bergambar depan helang.
Family Iza, ni baru sebahagian. Ada lagi ni. Ramai tak?
Cantik tak? Cantik tak? Cantik tak pemandangan kat belakang tu? Iza memang takla. Ada orang cakap Iza tak fotogenik. Amikla pic macam mana pun, mesti buruk. -.-"
Kitorang 1 bilik. Weeee.
Alhamdulillah sepanjang kitorang kat Langkawi, siang tak hujan pun. Memang rezeki betul. Padahal cek dekat ramalan kaji cuaca, hari sebelum tu hujan. Rezeki kitorang. Alhamdulillah.

Balik tu mak and kakak2 masak untuk makan malam. Trip kali ni takde makan mewah2 sebab tu cari homestay ada dapur. So boleh masak.

Malam tu pulak kitorang berjalan ke Cenang Mall dekat area mall tu ada banyak kedai makan and kedai souvenir. Tapi tak sure kedai makan tu halal ke tak. Sebab banyak yang macam pelik2 extraordinary sket kedai dia. Sorryla tak ada amik pic sebab takde camera canggih nak guna. Hahaha. Alasan. 

Esoknya pulak kitorang get ready untk Island Hopping. Yang ni pun termasuk dalam pakej. Kitorang dapat 2 biji bot. Bagus kan? Senang dah ada aktiviti.

On the way nak pergi tunggu orang yang arrange Islang Hoping kitorang dekat area Under Water World.
Dah dapat sticker Island Hopping. On the way ke tempat bot pulak.
Dalam bot dah ni. Sempat lagi nak wefie time lambung2 dalam bot.
Masa ni orang bawak bot tunjuk pulau yang ada menyerupai ibu mengandung.
Say cheese.
Nak soh orang amikkan tapi malu. So selfie je. Hahah. Takde kaitan.
Yea! Finally smapai ke Tasik Dayang Bunting.
Wefie lagi.
 Actually, sampai je kat Tasik Dayang Bunting ni bukannya terus sampai kat tasik dia. Kita kena menapak ye kawan2. Naik Tangga tinggu, lepas turun balik tangga. Fuh! Basah ketiak jugak la nak sampai ke tasik dia. Haahaah.

Sepatutnya ada helang tengah makan kat Pulau ISnga Besar ni, tapi tak dapat capture. Camera tak canggih.
Masa Island Hopping ni ada dua tempat dia singgah. Satu Tasik Dayang Bunting and satu lagi Pulau Beras Basah. Kat Pulau Beras Basah ni tak amik pic pun sebab sibuk main air. Oh! By the way, kalau korang Islang Hopping, please make sure jangan bawak beg plastik ye. Nanti maunya kena kacau dengan monyet yang lapar.

Lepas balik dari Island Hopping kitorang sambung berendam dalam kolam renang belakang banglo tu. Hahah. Main air tak hengat. Lepas tu kalut balik mandi sebab nak pergi beli chocolate plak petang tu.

Muka dah letih.
Haji Ismail Group yang besar punya.
So kat Langkawi ni banyak je tempat nak beli chocolate. tapi Haji Ismail Group or HIG ni jugak yang glamour. Sempatla mak singgah beli periuk ajaib kat sini. Kitorang ada gak singgah kat tempat len and HIG lama beli chocolate. Kat HIG baru ni tak jugak chocolate tapi kalau korang nak beli Paepero kotak besar tu boleh beli kat area HIG lama. Kat sana ada banyak gak kedai. Ada Choco Valley tapi tak masuk pun sebab dah beli kat HIG je.

Then malam tu masak kat homestay macam biasa.

Esoknya pagi2 lagi kitorang dah gerak balik. Pulangkan kereta kat Jetty Point tu and terus tunggu nek ferry balik. Alhamdulillah semua selamat sampai kat umah masing2.

Sekian saja journey Iza untuk trip kali ni.

Thanks for stopping by.

Enjoy reading and have fun!

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Semangat aku nak tengok homestay yg chalet tu , ko x amek pic lak.. naseb baik ada link ko letak..haha

    Btw, magic pan tu harga dia bape ko beli? or mak ko beli? bgtau harga please...tengah duk mencari gak nih..hehehe

    ReplyDelete
  2. Alamak Yana. Sorry! Hahahha. Aku lupa nak amik pic. Ko tengok je kat fb page dia sebijik macam dalam gambar and dia bukan ada 1 tu je. Dia ada jugak yang macam apartment.

    Magic pan tu mak aku yang beli. Brand HIG jugak, RM57.90. Yang mak aku beli ni saiz sederhana xingat bape. Tapi bukan yang paling kecik.

    ReplyDelete