Day 197: Selamat Tinggal 2014. Selamat Datang 2015.

By Izaramli - January 07, 2015

Assalamualikum.

Rajin pulak Iza nak menaip kali ni. Iza harap still sempat lagi nak wish Selamat Tahun Baru untuk blogwalkers. Walaupun tahun 2015 ni Iza dah ada dua entry, tapi skarang baru terhegeh2 nak wish. 2014 bagi Iza biasa2 je sebab Iza memang tak pernah ada azam pun setiap tahun. Macam tu la jugak tahun ni. Tak tau nak azam apa. Nak dapat kerja baru? Still searching and sending resume tapi hati masih dekat office skarang since dah tukar position dok kat office je. Azam nak kahwin? Hmmm. Let me think of it. Planningnya memang la tahun ni. Tapi hanya yang menentukan. Be a better person? Tu setiap kali muhasabah diri pun dah berfikir macam tu.

Bila fikir balik, Iza memang tak ada rasa 2014. Tapi Malaysia banyak ditimpa musibah. Mula2 kehilangan MH370 yang sampai sekarang masih tak ada jawapan. Dah la hilang masa hari Iza bertunang. Macam2 fakta and auta ada. Tapi tak tau nak percaya yang mana.

Ihsan Google.
Belum lagi berita pasal MH370 tu reda, berita terhempasnya MH17 sebab ditembak pulak keluar. Lebih menyayat hati bila mayat semua bersepah and pun sampai sekarang Iza macam tak ada je lagi keadilan yang dijanjikan. Betapa susahnya nak kenal pasti balik mayat and Malaysia adakan hari berkabung bila serpihan mayat tu di hantar ke Malaysia.

Ihsan Google.
Lepas tu Malaysia ditimpa musibah lagi dengan berlakunya banjir teruk dekat Kelantan and Terengganu and beberapa negeri lain. Teruk pulak tu and bantuan pun susah nak dapat. Salah sorang kawan Iza pun terlibat sama jadi mangsa banjir. Sedih betul baca penderitaan dia sepanjang tak dapat bantuan. Kita yang dekat sini bersenang lenang je.

Ihsan Google.
Tak habis lagi kisah banjir, flight AirAsia Indonesia QZ8501 pulak hilang and dah pun disahkan terhempas. Nauzubillah. Sedih betul dengan apa yang dah jadi. Macam-macam dugaan yang Malaysia terima. Walaupun bukannya ada kaitan tapi sebagai rakyat Malaysia, Iza rasa sedih jugak bila dengar berita macam ni.

Time-time macam ni la rasa nak muhasabah diri. Tapi dah lumrahnya kita ni manusia kan. Muhasabah sekejap lepas tu ke laut. Huuuu. Iza harap, hari-hari Iza akan ada kesedaran ni.

Di kesempatan ini, Iza nak ucapkan takziah pada keluarga yang terlibat. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. Ameen!

Thanks for stopping by.
Happy reading and have fun!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments