Day 202: Review The Manhattan Fish Market

By Izaramli - March 16, 2015

Asslamualaikum.

Hari ni nak review pasal makan yang dah lama Iza tak up2 lagi dalam blog. Fuhhh!

Memang first time makan kat Manhattan Fish Market ni, kebetulan lepas pergi kursus kahwin ritu singgah makan kat sini. Tu pun En. Tunang yang offer. Sebab dia dah penah makan. Untunglaaaaaaaaaaaaaaa. Hahahha.

Sebelum Iza citer pasal makan, nak citer sikit pasal kedai ni. Kalau korang nak tau, pemilik Manhattan Fish Market ni orang Malaysia ya. Bukan orang putih ya, no no no. Hahah. Kalau sape yang tak tau mesti ingat kedai makan mat salleh punya nak2 nama dia pun tak ada kaitan dengan Malaysia. Tapi hakikatnya gitu la. Proud to be Malaysian, tapi.......biarla rahsia. Nak tau pasal owner dia, korang google la sendiri. Iza nak review je ni. Hahaha

Feeesh 'n Cheeese
RM 19.90


Iza pilih yang ni. Kebetulan diet time tu. Tapi tak diet sangat lah. Dengan cheese and friesnya. Hancus diet konon2nya. Tapi yang ni sumpah sedap. Memang rugi klu tak rasa. Ikan dia tak hanyir pun, just nice. Pastu cheese sauce dia pun memang terbaik. Makan plak ngan sayur dia yang ada letak lemon tu. Memang sedap. Kalau korang pergi Manhattan Fish Market ni make sure korang try yang ni tau.

Mediterranean Baked Fish
RM 19.50


Ni pilihan En. Tunang. Iza rasa jugak sikit, bagi Iza yang ni xleh masuk sangat. Rasa dia sedap tapi dia pedas sangat la. Iza tak tahan pedas2 ni. Tapi Ikan dia memang sedap. Untuk menu ni dia bagi sekali dengan nasi. Nasi tu Iza tak rasa la. Kan diet kononnya. Tapi En. Tunang suka. Dia kata sedap.

Air kosong ngan ice lemon tea je minum
Overall Iza rasa memang sedap la. Tak rugi pun kalau cuba. Cuma harga dia a bit pricey la. Air pun kitorang beli air paling murah je. Hahah. Yela, ikan kan. Dia bukan pakai ikan chokea2 tu. Ikan mesti pakai ikan yang tak banyak tulang and ambil isinya je. Mana tak mahal. Len la dia bagi ikan jaket or tongkol. Mungkin la murah kot. Hahahah.

Kalau nak tengok menu2 lain, korang boleh visit website dia:

Manhattan Fish Market Malaysia

Itu saje yang nak dikongsikan.

Thank for stopping by and have fun!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments