Day 204: Ho Goo's Love - Unpredictable Punya Cerita

By Izaramli - March 25, 2015

Assalamualaikum!

Hello readers. Sihat ke semua? Harapnya sihat la ya. Iza alhamdulillah. Masih diberi kekuatan. Walaupun otak almost collapse.Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Ok takpe kita lek2 chill2 dulu. Ni Iza nak share 1 K-drama yang iza tengah meroyan menontonnya. Dah tinggal lagi 2 episode je. Sorry la tak share awal2, selfish you know. Hahahhahaha.

Credit to Google
Best weh citer ni. Sumpah tak tipu punya. Kalau korang peminat citer Reply Me 1997, mesti korang akan suka citer ni jugak. Dari pengeluar yang sama TVN jugak. Walaupun takde kaitan tapi keunikan cerita ni sama macam uniknya cerita Reply Me 1997. Tapi Reply Me 1994 Iza tak tengok sebab pelakon dia semua Iza tak kenal. So macam takde feel nak tengok. Hahahahha.

Credit to Google
Citer Ho Goo's Love atau Fool's Love atau bahasa yang lembutnya kurang bijak punya cinta mengisahkan seorang laki ni nama dia Kang Ho Goo. Memula Iza macam tak paham kenapa tajuk lain Ho Goo's Love ni Fool's Love. Rupanya barula Iza tau, Ho Goo tu maksudnya fool. Memang laki yang dalam citer ni macam innocent sangat orangnye. Dia mudah percaya pada tanggapan pertama. Bukan nak siasat betul2 dulu ke apa. Men percaya je. Memang fool la.

Credit to Google
Lepas tu pulak mamat ni suka pulak ngan budak skola dia nama Do Do Hee. Do Hee ni swimmer yang glamour dengan kecantikkannya tapi dia selalu dapat tempat kedua je. Dia ni time kat skola pun glamor. Ramai peminat. Orang lawa kan. Lumrah.

Credit to Google
Time kat skola tu, Do Hee ni dikatakan bercinta dengan Byun Gang Chul budak yang ala-ala nerd tapi sangat kacak. Hahaha. Maskulin sangat kau. Tapi sebenarnya dia tak ada perasaan pun kat Do Hee. Kalau memula korang tengok citer ni mesti korang akan ingat Do Hee and Gang Chul memang bercinta. Tapi tak sebenarnya.

Credit to Google
Yang sukakan Gang Chul ni adik kepada Ho Goo, Kang Ho Gyeong. Dia suka Gang Chul since skola lagi. Tapi time skola dia macam jantan ganasnya. Tapi ada salah paham palak Gang Chul ngan Ho Gyeong sebab Gang Chul ingatkan Ho Gyeong tu Ho Goo.

Credit to Google
Complicated tak? Takpela, better korang tengok sendiri. Banyak nasihat sebenarnya dalam citer ni. Sebab Ho Goo tu seorang yang hatinya baik sangat. Susah nak jumpa klu orang baik camtu. Citer ni tak macam drama biasa, orang kaya suka orang miskin or lelaki ni curang dengan perempuan lain or kisah2 zaman dulu-dulu. Cerita ni macam teka-teki pun ada jugak, Dia macam mainkan fikiran korang. Memula dah ingat camni rupanya bukan pulak. Hahah. Iza je kot kena main ngan citer ni.

Well apa-apa pun Iza memang suka giler citer. Try la tengok kat Dramafire. Next week dah last dah. Pulun weekend ni ya kawan.

Thanks for stopping by and have fun!

Assalamualaikum!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments