Day 205: Who Are You: School 2015 - Review

By Izaramli - May 14, 2015

Assalamualaikum.

Lama betul Iza menyepi. Iza buat apa eh? Busy kot rasanya. Haha. Lately busy semacam. Since dah start Financial Year baru, semua KPI pun dah berubah. Dari seorang Telemarketin and skarang nak tukar post lain pulak dalam company Iza keja dari dulu lagi. More on tendering process. Kalau citer pasal tender sampai minggu depan tak habis nanti. Hahah. But yes, I try to manage it well. Walaupun balik lambat and still have time nak tengok citer korea. Hahah. Citer korea dan diri ini tak dapat dipisahkan. Ada je citer baru yang best-best. 

Recently Iza tengok 1 citer yang memang bagus untuk jadikan pengajaran. Iza memang suka tengok citer korea tapi memilih jugak la. Tak semua pun Iza tengok. Cerita yang Iza tengok sekarang tajuk dia Who Are You: School 2015.

Credit to Google
Citer ni mengisahkan tentang budak sekolah yang di buli. Yes buli. Sekarang tak banyak kot dengar kes buli kat skola. Tahun bila ntah hot citer kes buli kat sekolah ni. So citer ni menceritakan budak yang kena buli . Macam mana dia kena buli. Kena baling telur. Kena pukul. Serius memang rasa geram je tengok orang yang buli tu. Budak yang baju merah (Eun Bi) dalam pic kat atas ni la yang jadi mangsa buli. Dia mainkan dua watak. Sorang anak yatim piatu and sorang lagi (Eun Byeol) dah jadi anak angkat orang. But I think both of them macam twins dalam citer ni. 

Eun-Bi ni tinggal dekat rumah anak yatim and dekat sekolah dia selalu kena buli dengan classmate dia. Tapi dia tak pernah citer pun dekat penjaga dia sampai la dia cuba bunuh diri.

Eun-Byeol pulak anak angkat pada sorang perempuan ni and boleh dikatakan hidup dia senang. Dekat sekolah dia ada geng dia sendiri and dia ni dikatan sebagai rude girl sebab perwatakan dia yang akak kasar.

Nak dijadikan cerita, Eun-Byeol ni hilang masa lawatan sekolah and tempat tu pulak tempat Eun-Bi tinggal. Dalam masa Eun-Bi cuba bunuh diri sebab terlalu kecewa dengan hidup dia yang selalu dia buli, ada orang selamatkan dia and rupanya orang tu Eun-Byeol. Sebabkan muka dorang sama, semua orang yang kenal Eun-Bi ingatkan dia mati. 

Mak Eun-Byeol yang tak boleh terima hakikat kematian anaknya lepas tau yang Eun-Bi tu bukan anak dia, dia mintak Eun-Bi tu terus jadi anak dia and jadi sebagai Eun-Byeol. Tapi tak sangka plak, dalam kegembiraan dia dekat skola Eun-Byeol tu, tetiba pembuli tegar Eun-Bi masuk sekolah tu pulak. 

Cuba korang letak diri korang kat situasi dia. Takut kan? Yela, orang yang buli kita ada dekat dengan kita balik. Frust. But overall sampai episode 5 citer ni belum lagi mengecewakan Iza. Bila tengok citer ni teringat zaman skola. Takdela kes buli pun. Tapi teringat ada geng jugak time skola. Hahahah

So, antara pelakon hebat yang ada dalam citer:

Credit to Google
1. Kim So-Hyun - Lee Eun-Bi/Ko Eun-Byeol
2. Nam Ju-Hyuck - Han Yi-An
3. Yook Sung-Jae - Kong Tae-Gwang
4. Lee Pil-Mo - Teacher Kim Joon-Seok
5. Kim Hee-Jung - Cha Song-Joo
6. Lee Cho-Hee - Lee Shi-Jin
7. Jo Soo-Hyang - Kang So-Young

(Links credit to AsianWiki and KoreanDrama.org)

Go watch now kalau korang nak tau citer selajutnya.

Thanks for dropping by and have fun!

Assalamualaikum

  • Share:

You Might Also Like

0 comments