Day 210: Saya Dah Kahwin: Episod Gambar Yang Ohsemm

By Izaramli - August 19, 2015

Assalamualaikum!

Hari ni kita sambung lagi pasal wedding Iza. Kali ni untuk official photographer pulak Iza nak citer.

Memang tak dinafikan la Iza mencari-cari photographer yang price dia within budget Iza. Ada jugak jumpa yang murah tapi En. Hubby kita suggest amik kawan sekolah dia. Wafi nama dia. Memula macam ragu-ragu jugak sebab masa tu IG dia pun macam tak banyak gambar je. Betul ke mamat ni amik pic cantik? Tapi atas dasar percaya pada En. Hubby (tunang masa tu) Iza pun setuju la nak guna khidmat kawan dia tu. 

Pakej yang ditawarkan masa tu (pakej ni dah takde dah):

RM1499

1- Photobook 15x11 inch
2 - Framed photo 11R x 2
3 - Unlimited shots 
4 - Thumbdrive
5 - Outdoor session
6 - custom wedding logo

Tapi Iza kena add RM150 sebab dia based Kuantan.

Yang wedding logo tu Iza tak guna yang dia buatkan sebab Iza particular sikit bab-bab logo ni. Since kad pun Iza design ikut design yang Iza nak. Hahah.

Memula memang macam ragu-ragu even masa dah sampai masa majlis pun Iza still ragu-ragu. Biasa la. Kita nak yang terbaik kan. Tapi alhamdulillah. Iza suka gambar-gambar yang dia amik. Cunn!











Cantik kan?? Iza suka and puas hati dengan hasil kerja dia. Walaupun rasa cam ntah pape je bergambar tapi ok plak bila tengok. Tapi Wafi ni jujur orangnye kalau buruk memang dia cakap buruk. Kurang asam je. Hahah. Tapi tak makan dalam pun sebab Iza anggap dia macam kawan jugak since dia kawan En. Hubby kan. Heheh. Apa-apa pun Iza gembira terguling-guling bila dah dapat softcopy dalam pendrive yang comel dia bagi (gambar pendrive takde). 

Last pic lepas dah penat berlari sambil bergambar dengan photographer kita.
Skarang ni dah banyak dah gambar-gambar kat IG dia kalau korang nak tengok. Kalau kawan-kawan sekalian berminat dia jadi photographer untuk event korang boleh la melawat IG dia ok??

Personal: @adiwafi

Thanks for stopping by and have fun!

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments