Day 211: Saya Dah Kahwin: Episod Pakej Pelamin Emmm

By Izaramli - August 21, 2015

Assalamualaikum!

Malam ni Iza sambung lagi pasal kerja kahwin Iza. Banyak ni nak share ngan readers semua. Kali ni pasal Iza punya pakej pelamin. Hmm. Iza tak nak banyak komen sangat demi menjaga sensitiviti semua orang. Tapi apa yang Iza boleh cakap, Iza kurang berpuas hati dengan pakej yang Iza dapat.

Sejujurnya memang boleh dikatakan pakejnya murah. Kalau Iza tengok kat IG semua nampak cantik. Bukan Iza nak kata pelamin Iza tak cantik. Cantik je.


Cantik kan?? Tapi ni bukan macam yang Iza bayangkan. But it's ok sebab still nampak cantik bila dah bergambar. Cuma Iza ada rasa kurang puas hati sebab ada yang Iza mintak tak dapat.

Pakej yang ditawarkan sekali dengan baju jugak.


Baju perempuan memang cantik and Iza suka sangat. Memang Iza sengaja pilih yang baju takde berekor. Tak elok abah kata. Jadi Iza amik yang rata semua bahagian kain. Cuma part baju lelaki Iza kurang puas hati. Masa fitting last ritu En. Hubby tak dapat datang, so Iza je la fitting baju last tu. Baju lelaki macam tak alter je, sebab En. Hubby test masa hari Khamis baju tak muat , seluar tak muat. Sedih rasa. Tapi takpe boleh alter lagi katamya.


Malam lepas akad nikah tu En. Hubby dah amik baju dah. Dia kata jahitan yang dorang alter tu sangat tak puas hati. Sampai terpaksa mak mertua Iza jahit semula part yang dorang alter. Actually masa first fitting lagi Iza dah tak sedap hati. Masa first fitting tu, Iza tak dapat test semua baju. Pembantu yang kerja kat butik tu pun sangat tak membantu. Memang agak sedih la. Iza datang dari jauh nak fitting baju tapi dia treat Iza macam rumah Iza sebelah kedai dia. Hmmmm.

Tiara and kasut pun Iza kurang puas hati. Tiara dia tak cukup batu. Obvious la kalau tengok dekat-dekat sebab batu besar. Tapi alhamdulillah dalam gambar tak nampak, Kasut plak dia bagi bukan kasut yang Iza try masa fitting. Tapi takpe la Iza boleh terima sebab muat nak pakai.


Owh! Bunga, Wafi (photogrpaher) sampai cakap bunga tu tak cantik. Iza memang tak pandai seni ni. Maybe dorang bagi warna merah sebab nak nampak menonjol. Korang rasa?

Makeup pun Iza amik dengan dorang. Alhamdulillha make up dia memang cantik. Iza tak tipu. Iza memang puji make up dia. Tapiiiiiii. Hmmm. Ada tapi lagi. Dia macam tak prepare barang-barang. Makeup dia pun macam tak restock sebab banyak yang dah habis. Tapi tu takpela since dia boleh makeupkan Iza cantik-cantik. Part bulu mata je fail. Gam dia tu tak ke, dah habis ke Iza pun tak tau. Tak tahan lama. Dah lama sket tetiba bulu mata dah macam nak tercabut. Hari nikah Iza boleh accept lagi la. Tapi hari sanding pun jadi yang sama. Macam tak take note plak. Sadis betul.

Make up nikah.
Make up sanding
Tapi takpela. Iza puas hati makeup dia yang cantik. Kakak-kakak iza pun cakap sama.

Overall Iza rasa Iza boleh bagi 6 je dari 10. 6 pun sebab semua boleh dicover dalam gambar. Realitinya kurang. Iza bukan apa, butik ni boleh dikatakan terkenal la jugak. Mulanya Iza tak tau pun. Memang masa kitorang jumpa tu dorang kata dorang buat pelamin untuk Amir Rajalawak. Tapi tak sangka plak lepas Amir tu ada artis lain jugak dia buat. Iza pikir mesti dia akan buat yang terbaik jugak untuk customer lain. Tapi bila time majlis Iza....korang nilaikan la sendiri. Maybe Iza yang tak reti nak manage dengan dorang betul-betul. Yela kita tak ada wedding planner kan. Harapkan sendiri buat. Tapi bagi Iza, kalau rasa diri tak berapa nak glamour fikir dulu sebelum book. Hehehe.

So, kalau korang nak book dengan butik yang Iza pilih, boleh tengok IG  and FB dorang ni:


Thanks for stopping by and have fun!

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments