Day 212: Saya Dah Kahwin: Episod Caterer Terbaik

By Izaramli - September 02, 2015

Assalamualaikum!

Hello readers. Iza nak sambung semula review Iza pasal wedding Iza. Mood kahwin tak habis lagi. Boleh tak macam tu? Hari tu Iza tak sambung sebab sambung kahwin dekat Pahang pulak. Hahaha. Dah nak dekat sebulan dah bergelar isteri kan. Sekejap betul. Tapi biasa la. Masing-masing keje jauh, so jadi weekend husband and wife je.

Ok, so episod kali ni Iza nak share pasal caterer yang Iza amik pulak. Dulu time kakak-kakak and abang-abang takde catering-catering ni, Semua pakai rewang and jiran tetangga sibuk masak and hidang lauk. Tapi skarang time Iza orang-orang yang dulu buat semua tu dah takde dah pun. So amik catering je la. Senang. Caterer ni bagi Iza agak mahal jugak. Tapi mak Iza insist nak ambil jugak so Iza let go. Biar dia decide. But when it come to the time, not bad. Can be considered la harga tu sebenarnya dengan apa yang disediakan caterer ni.




Gambar atas ni time orang tak ramai lagi.

Apa yang Iza dapat dari harga RM13.90/per person untuk 1000 orang:

1. Khemah 7 buah
2. Beberapa jenis lauk (tak ingat dah yang ni)
3. Kuih muih (pun tak ingat kuih apa)
4. Makan beradab
5. Kek 3 tingkat (yang ni Iza pun tak tau ada)
6. Krew (kakak-kakak and abang-abang tukang isi lauk kat tray buffet)

Ni je yang Iza ingat. Tapi alhamdulillah lauk dia sedap-sedap. Masa tunang pun guna caterer yang sama. Mak kata sebab kenal and dekat. Apa-apa hal senang nak jumpa.




Gambar kat atas time dah ramai orang.

Warna kain kat khemah tu kitorang yang decide nak kaler apa. Cantik plak bila dalam gambar camni.


Ni meja beradab, Time ni belum letak lauk lagi.


Ni pulak kek 3 tingkat yang Iza cakap tu. Cantik kan? Rasa pun ok jugak. Takdela tak sedap. Sedap jugak.


Eh main senyum-senyum pulak. Hahahahah. Ok abaikan yang tu.

Overall Iza boleh katakan Iza puas hati dengan service dorang. Makanan beradab pun sedap cuma En. Husband je kata tak sedap sebab dia nebes tak lalu makan, Dia salahkan lauk. Hahaha. Iza sedap je makan time tu.

Untuk caterer ni, kalau korang berminat boleh contact nombor yang ada dekat acc FB ni:


FB dorang ni tak up to date. Tapi korang boleh je contact dorang dekat nombor yang ada kat FB tu.

Selamat menempah!!

Thank for stopping by and have fun.

Asaalamualaikum!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments