Day 213: Saya Dah Kahwin: Episod Baju Nikah Biasa-Biasa Je

By Izaramli - September 06, 2015

Assalamualaikum!

Hello readers, I'm back! Nak sambung episode Saya Dah Kahwin ni. Kali ni Iza nak share pasal baju nikah Iza pulak. Baju nikah Iza tempah dekat tailor. Tapi Iza bukan la dari family berada. Tak mampu nak upah dengan tailor hebat-hebat. Iza upah dengan tailor biasa-biasa je. Tu pun Iza upah untuk jahit baju and kain je.

Memula takut nak hantar kat tailor ni. Ye la, sebelum ni Iza mana penah hantar baju kat orang melainkan mak Iza jahit sendiri. Kalau nak baju raya selain baju kurung pun Iza beli dah siap je. Iza ada google jugak dekat internet tempat yang orang selalu hantar baju kahwin or nikah. Semua bad story. Baju tak siap la. Tak muat la. Uiiiii. Scary bak hang. Especially yang area menara MARA sana tu. Kat situ  kan banyak tukang jahit. Then Iza redah je la cari kat area Plaza Alam Sentral Shah Alam. 


Sorry ya. Baju yang ni dah siap complete dengan veil ni Iza buat sendiri. Semua lace dan manik Iza tampal and jahit sendiri. Baju yang Iza tempah cuma baju peplum yang boleh ikat reben dekat belakang and kain yang cantik tu. Kain tu kain chiffon tapi lining dia Iza letak satin. Tu yang nampak kilat-kilat mengancam tu. Ceh. Hahahah.

Masa tempah dengan kakak tailor tu, macam riso la takut jadi macam yang Iza baca kat tenet. Dah la Iza hantar agak lewat jugak la. Then baju Iza tu tak siap ikut masa yang ditetapkan. Ok Iza dah cuak kat situ. Baju nikah oi. Kang nak pakai baju apa. Dah la ada 1 je kain. Iza dah dok pikir klu tak siap memang beli je baju yang ada lace-lace ni kat mana-mana ikut tema warna. Huuuuu

Tapi Alhamdulillah siap jugak lepas dah follow up banyak kali. Nasib baik cutting semua ok. Just nice. Jahitan dia pun ok la. Kemas la jugak. Tapi dia potong tak kemas. Ada lebih-lebih yang dia potong tak habis. Tapi overall ok la. 



Then Iza pergi cari lace and kain net dekat Jakel. Punya la susah nak cari warna yang match. Huhuhu. Tak tau la bape kali Iza singgah Jakel tu. Jakel Shah Alam, Jakel KL. 2-2 pun Iza pergi. Last-last jumpa jugak yang matchy-matchy.

Lepas tu nak cari tudung plak 1 hal. Iza memang nak cari tudung instant sebab senang nak siap pakai. Cepat pun cepat. Iza tudung instant memang beli dekat Anggun Zara je. Tudung dia memang best and senang nak bentuk. So, sebelum tu Iza ada beli tapi tak match pulak dengan kain Iza. Kakak Iza yang sebat. Dia beli dari Iza sudahnya. Anggun Zara ni pun rasanya macam banyak kali pergi. Akhirnya jumpa jugak tudung yang memang exactly warna kain chiffon Iza tu. Hahahha.


Close up sikit.
Manik tu plak Iza beli online je and Iza pun dah tak ingat dah Iza beli kat mana. Huhuh. Tapi klu google jumpa je orang jual manik camtu. Banyak dah sekarang. Sangat mencabar ye nak jahit lace and manik tu. Huhuhu. Berhari-hari mengadap tu je sambil tengok Running Man. Tapi puas hati la sebab jahit sendiri.

Gelak-gelak plak.
Baju En. Husband tu mak dia yang jahit so senang la. Tak banyak citer dah. Puas hati pun puas. Hahaha.

Cost Iza tempah baju ni sahaja RM160 kalau tak silap. Mahal sebab Iza letak zip dekat tangan and kain Iza ada lining. Actually Iza tunjuk gambar je nak baju yang macam mana. Iza tengok and dia tau dah nak buat.

So kalau korang nak merasa tailor ni buat baju korang, boleh la pergi kedai dia dekat alamat bawah ni:

NZ Apparel
Lot 1.52, 1st Floor Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Thanks for stopping by and have fun!

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments