Day 215: Jalan-Jalan a.k.a Honeymoon Di Cameron Highland - Makan Malam

By Izaramli - September 22, 2015

Assalamualaikum!

Hello readers, hari ni kita sambung lagi pasal pergi Cameron ni. Sepanjang 2 malam dekat Cameron, Iza rasa macam tak banyak kedai yang kitorang boleh pilih dekat Brinchang. Nak drive memang dah malas sebab siang tu dah penat drive. Lagipun maybe sebab kitorang pergi tu bukan time cuti sekolah or cuti umum. So memang tak ramai orang sangat and kedai pun rasanya macam banyak yang tak bukak.

Malam hari yang kitorang sampai tu, kitorang jalan-jalan la dekat area berdekatan dengan hotel yang kitorang duduk tu. Mostly kedai makan cina. Tapi bila jalan jauh sikit dekat belah-belah nak ke stesyen minyak tapi bukan dekat situ kena masuk dekat lorong sket ada jumpa kedai makan Ikan Bakar Pak Nik. (Tak reti nak explain sebenarnya)


Kitorang gi tu betul-betul lepas solat maghrib, memang tak ramai orang la. Ada berapa ketul je. Nak makan nasi macam mainstream sangat plak sebab dia ada steamboat. Then kitorang order steamboat untuk 2 orang and air teh. Pergh! Sejuk dia, air teh yang panas tu pun tak terasa panasnya.



Bagi Iza macam mahal makan kat situ, tapi En Husband kata standard harga steamboat. Huhu. Ntah le teman pun tak tau. Kita makan aje la. Harga dia tak ingat la pulak kan. Tapi rasa steamboat dia biasa-biasa je. Iza boleh bagi 6/10 je untuk steamboat tu. Daripada steamboat Iza rasa bek makan Yong Tau Fu. Sebab kita boleh pilih nak yang mana. Steamboat tu dia yang bagi, dah la banyak sayur pulak tu. Makanan lain tak banyak mana. Kami ni dah la kureng sikit bab-bab sayur ni. Huhuh. tapi sayur dia memang segar la. Sayur Cameron kan. Kitorang je kurang makan sayur. Hahah.

Malam esoknya pulak kitorang makan kat Restoran Idaman. Hasil dari google Iza dekat blog orang lain. Ada yang suggest makan dekat sini. Masakan thai kan. Harapnya sedap la. Tapi ok la kot. Iza rasa sedap la. Tapi tak kena pulak dengan tekak En Husband. Dia kata kureng. Ntah kenapa ntah tekak dia malam tu. Kureng-kureng tapi habis jugak makan. Sabo je la. Hahah.

Dekat kedai ni banyak jugak pilihan makanan dia. Ok la, macam kita makan kat kedai makan biasa tu la and kedai ni tak ada steamboat ya. Nak steamboat gi kedai lain. Hahah. Kedai ni pun macam ramai orang jugak la. Tapi rasanya mostly orang yang nginap kat hotel atas kedai ni. Hotel Jasmine

Untuk makan kat sini Iza boleh bagi 7/10 sebab Iza rasa sedap je. Hahaha. Korang boleh la singgah kat sini kalau tak tau nak makan kat mana bila menginap dekat Brinchang ya.


Tak banyak sangat info yang Iza boleh share sebab bila malam je perut lapar and macam tak boleh nak berfikir secara waras bila dah jumpa makanan. Hahaha. Gambar pun tak cantik. Sorry la ya. Heheheh. Tapi harapnya membantula pada korang yang memang tak tau nak makan mana macam kitorang ni.

By the way, thanks for stopping by and have fun!

Assalmualaikum.

P/s: Entry ni dah lama taip tapi tak nyempat nak post sebab pic tak edit.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments