Day 216: Jalan-Jalan a.k.a Honeymoon Di Cameron Highland - Tempat-tempat Menarik Part 1

By Izaramli - September 28, 2015

Assalamualaikum.

Hari ni Iza sambung lagi cerita Iza masa pergi honeymoon ritu. Hahah. Dia punya skip nak post punya la lamanya kan? Hahaha. Maaf la ye. Iza tak berkesempatan nak menaip time weekend. So bila hari kerja ni macam liat sikit nak menaipnya. Tapi hari ni Iza rajin. So layankan je la ok?

So kali ni Iza nak share tempat-tempat yang Iza lawat masa kat Cameron ritu. This gonna be separate into two parts ya. Tak larat ni nak citer sume. Hahah. Yang ni pun akan panjang lebar. Part 2 Insya Allah tak berapa nak panjang lebar bergantung pada mood Iza hari tu nanti. Hahaha.

Let's start!!

1. Strawberry Red Farm

Tempat pertama yang Iza singgah masa hari kedua kat Cameron. Hari kedua tu memang kitorang spend time nak jalan-jalan kat Cameron. So dekat sini la Iza breakfast sebab kitorang keluar pagi masa tu.


Parking yang luas. Bukan kat sini je. Belah-belah atas ada banyak lagi tempat parking. Memandangkan kitorang pergi time bukan cuti sekolah maka takdela ramai yang datang ke sini.


Iza suka laluan ni. Cantik sangat denga bunga kiri kanan and pokok anggur kat atas berjuntai-juntai.


Dekat sini la kitorang breakfast.


Ni breakfast kitorang ya. Fully strawberry. Yela. Nak makan kat bawah mahal. Makan kat atas memang puas hati. Ni memang makan kenyang sampai ke petang.


Tengok la pulak bil dia macam mana kan? Breakfast sampai RM40. Hahahah. Tapi takpe sebab puas makan strawberry.


Selain strawberry boleh jugak tengok pokok cactus. Nak beli pun boleh. Dekat sini murah sikit. Tapi kat sini tak banyak pilihan. Actually kat sini korang boleh petik strawberry tapi masa kitorang pergi tu memang tak berniat pun nak memetik, berniat nak makan je. Hahahaha.

2. Cameron Valley Tea House

Kalau namanya penggemar teh tak sah kalau tak singgah sini. Iza and En Husband memang kaki teh. So macam wajib la nak tengok ladang teh ni.



Pemandangan dari atas Cameron Valley ni sumpah cantik giler. Kitorang berjalan kaki sampai bawah tu tau. penat tapi korang tak akan rasa berpeluh sangat sebab cuaca kat sana memang sejuk.


Ni pemandangan yang Iza amik masa dah separuh jalan ke bawah. Ya Allah cantiknya la. Iza rasa ni first time Iza tengok pemandangan cantik macam ni.


Lepas dah penat turun and mendaki naik balik kitorang pun singgah minum teh kat sini. Sedapnya la teh dia. Iza dah lupa apa yang Iza order tapi rasa dia memang sedap sebab campur dengan apa ntah. Bukan teh semata-mata la. Ada penambah perisa sket.


Ni pulak pemandangan dari tempat minum teh tu. Pandai En Husband amik. Hehehe.

3. Galeria Time Tunnel

Kalau korang penggemar sejarah, tempat ni memang wajib singgah. Serius punya ni.


Masuk dekat Time Tunnel boleh mengimbau zaman Iza kecik-kecik dulu. Semuanya barang lama-lama. Nama pun Time Tunnel kan?


Antara section yang Iza suka, sebab banyak mainan time Iza kecik-kecik dulu dorang letak dekat sini. Tikam pun ada tau. Hahahah.




Masihkah kau ingat. Tin susu masa zaman kita baby-baby dulu.

4. Butterfly Farm



Banyak sangat rama-rama yang ada kat sini. Macam-macam warna and jenis. Kecik besar semua ada. Iza sebenarnya geli benda-benda terbang ni. Tapi sebab En Husband suka nak tengok kita layan kan je la.



Ni pulak antara section yang ada kat sini.

5. Cactus Point


Cactus Point ni memang banyak pilihan cactus kalau nak compare dengan Red Stawberry Farm tadi. Kat sini korang boleh pilih nak yang paling kecik or yang paling besar cactus pun boleh.

Harga kat sini beza dalam beberapa sen je dari Red Strawberry Farm, so takde la ralat sangat nak beli kat sini. Sebelum balik KL Iza sempat singgah sini beli yang Kak Ngah kirim and untuk diri sendiri.


Besar ke tak besar cactus kat belakang tu?

6. 3D Art Museum at Nova Complex

Baru kitorang tau dekat Cameron ada ala-ala shopping complex jugak rupanya. Banyak jugak kedai makan branded macam Starbuck kat sini. Tapi kitorang tak singgah sebab tarikan kat sini ialah 3D Art Museum dia.


Takdela besar mana pun kawasan museum dia. Kecik je. gambar pun tak banyak. Ni antara gambar yang kitorang amik masa kat sana.




Tak sangka pulak En Husband tetiba out of control masa kat sini. Over sangat tau. Hahahaha. Dia yang paling beriya bergambar. Klu kita nak amik gambar selalunya dia tak berapa suka. Tapi kat sini kemain lagi. Hahaha.

Ini je la yang Iza boleh kongsi untuk hari kedua Iza dekat Cameron. Banyak la jugak kan tempat Iza pergi dalam masa 1 hari? Actually banyak lagi tempat lain. Tapi tak berkesmpatan nak singgah and banyak jugak macam tempat yang lebih kurang macam ladang strawberry and taman rama-rama tu ada je beberapa pilihan yang lain. Depends la korang nak pergi kat mana. 

So far Iza rasa, dalam banyak-banyak tempat yang Iza pergi ni Iza paling suka pergi dekat Time Tunnel. Memang best dekat situ. Kalau korang nak pergi tempat-tempat ni korang waze je. Kitorang kat sana memang tak berpisah dengan Papago and Waze. Penting tu. Heheh. Maklumla bukan tau jalan. So better korang ada la GPS. Tapi kalau korang jenis belasah je boleh je nak travel sendiri tanpa guna GPS. Pun boleh.

Orait. Nanti Iza sambung Part 2 pula ya.

Thanks for stopping by and have fun!

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Knpe ak x jmpe pon nova complex tu..celah mne pulak

    ReplyDelete
  2. Dia dekat Cameron Square Yana. Atas sikit dari Kea Farm tak silap aku. Tengok ni https://www.facebook.com/CameronSquare.CH

    ReplyDelete