Day 217: Jalan-Jalan a.k.a Honeymoon Di Cameron Highland - Tempat-tempat Menarik Part 2

By Izaramli - September 29, 2015

Assalamualaikum!

Hey there, so hari ni Iza sambung pulak Part 2. Pendek je ni. Don't worry. Heheh.

1. Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands

Cadangnya sebenar nak pergi Lavender Garden tapi kitorang tak jumpa plak. Then kitorang pergi je la sini nak menggantikan tempat yang kitorang tak dapat gi.


Besar jugak Taman Agro ni. Cantik pun cantik


Masuk cuma RM 3 je seorang. Ok la kan. Puas jugak tau nak berjalan kat dalam ni.


Ni taman yang mula-mula kitorang jumpa. Ala-ala English Garden gitu. Memang cantik. Segar-segar je pokok yang dorang tanam kat sini.


Ni pulak taman periuk kera. Macam-macam jenis and warna ada. Yang besar yang kecik semua ada bergantung kat sekeliling taman ni.


Yang ni Iza pun tak tau taman apa. Haha. Tapi taman ni paling cantik sekali dalam banyak-banyak yang Iza tengok. Pokok-pokok dia pun banyak yang rare.


En Husband yang tolong amikkan ni. Katanya seni. Hahaha. Seni pun seni la sayang oi.


Dekat sini pulak ada banyak cactus. Cactus lebih kurang je macam kat Cactus Point tu. Tapi kat sini dia buat macam taman la. Boleh jalan-jalan.


Dekat sini jugak dorang ada jual cactus tapi lebih mahal dari Cactus Point. Tak ingat la berapa. Tapi Iza rasa mahal sebab cactus dia macam rare sikit. Contoh macam ni. Cactus siap ada bunga sekali.


Dekat sini banyak bunga tapi Iza tak sempat nak amik gambar panorama. Huhuh.

2. BOH Tea Centre

Ni dah on the way balik sebenarnya tapi En Husband nak jugak singgah sini. Hahah. Takpela since kitorang dah gi Tea Valley ritu. Dia nak tengok yang BOH punya pulak.


Sempat dia berhenti kereta semata-mata nak amik gambar ni masa on the way nak sampai atas.


Sampai-sampai bukan boleh terus nampak sangat pun ladang tehnya. Kena mendaki lagi tau. Memang exercise jugak la sebelum balik tu.


Tapi dah sampai atas heaven bila dapat tengok pemandangan cantik macam ni. Cumanya waktu dah petang and hari pulak macam nak hujan.



Lepas dah puas bergambar kat atas Iza sempat singgah beli teh BOH kat kedai dia. Nak minum tak sempat dah. Nak balik. So beli je la yang siap pack. Tapi memang rezeki betul. Kitorang turun tu, lagi 2 3 langkah nak masuk kete terus hujan lebat selebat-lebatnya. Alhamdulillah dapat tengok and dapat beli sebelum hujan turun.

Dua ni je tempat terakhir yang Iza and En Husband dapat singgah sebelum balik KL. 

So hopefully apa yang Iza share ni dapat bantu korang yang tak nak pergi mana masa kat Cameron nanti. Tempat-tempat ni semua korang boleh Google je kalau nak tau kat area mana. Cuma nasihat Iza, Plan la perjalanan korang. Kalau korang pilih hotel kat Brinchang or kat mana-mana pun, plan dulu tempat mana yang korang nak pergi dulu. Atleast takdela rasa macam ulang-alik tempat sama.

Thanks for stopping by and have fun!

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments