Day 222: Projek Kotak

Assalamualaikum.

Hello readers. Iza delay plak update blog kali ni. Sibuk buat "Projek Kotak" sebenarnya. Finally siap jugak. Alhamdullillah.

Apa "Projek Kotak" Iza tu sebenarnya. Actually Iza nak bagi kat En. Husband sempena birthday dia 13 Jan hari tu. Tapi bagi lambat jugak. Cadangnya nak pos ke office dia. Last-last bagi by hand je kat dia sebab dia balik last week. 

Actually "Projek Kotak" ni bukan la hebat mana pun. Iza pun belajar dari Youtube je. Tapi menarik la bagi Iza. Nampak cute je. Tapi memang kena ada effort la nak buat. Masa Iza buat ni pun dah hampir-hampir putus asa. Sebab leceh sebenarnye. Semua benda nak buat dalam size yang kecik. Aku ni dah la tangan dinosaur. Hahah.


Masa nk cari kertas pun payah. Terpkasa pura-pura poyo depan En, Husband. Yela, kitorang kan weekedn husband and wife pastu weekend je pun dapat keluarnya. Iza memang tak la nk keluar sorang-sorang dalam keadaan skang ni. Pastu pulak kertas yang Iza nak guna tu pun susah nak cari online. Ada online tapi xleh nak agak feel kertas tu macam mana. Last-last ajak En. Husband pergi Spotlight kat The Mines. Dia sibuk tanya nak buat apa beli kertas. Iza cakap nak buat "Projek Kotak" je. Dia pun layankan je la. Hahaha. Seb baik tak banyak tanya sangat.

Kertas yang Iza guna jenis Cardstock. Dia tebal tapi tak tebal sangat. Lebih kurang macam name card punya card kot. Lepas pulak Iza perlukan yang Saiz 30cmx30cm. Yang jual online semua saiz A4. Nanti tak jadi pulak. Spotlight ada jual online. Tapi Iza nak tengok depan mata sendiri jugak kertas tu. Hahaha.

Maka ini la hasilnye. Sorry la tak leh nak tunjuk semua. Malu saya. Iza amik masa 3-4 hari jugak la nak siapkan kotak ni dan memang sangat-sangat perlukan kesabaran yang tinggi untuk buat.






Yang kertas warna merah and hitam tu Iza pakai kertas tebal biasa je. Korang boleh beli dekat kedai buku mana-mana yang ada dekat ngan korang. The rest Iza pakai cardstock tu. 

 Kalau korang nak try buat macam ni jugak korang boleh usha link youtube kat bawah ni:


Dekat Spotlight tu bukan jual kertas je. Macam-macam dorang jual sebenarnya. Ada barang untuk dalam bilik. Langsir. Kain. Macam-macam la. Tapi memang Iza terus tuju dekat section craft dia la. Banyak kot barang cantik-cantik, cute-cute. Uish! Geram rasa nak beli. Tapi agak mahal jugak dekat Spotlight ni and mostly barang dia macam takde je kat kedai biasa. Kalau korang tengok Youtube buat benda carft-craft ni. Haa, barang yang dorang pakai macam chop ke gunting ke sume ada kat Spotlight ni. Kalau korang nak beli barang dekat Spotlight pulak korang boleh tengok branch yang ada kat Malaysia dekat link bawah ni:


Tu je nak share kali ni. Thank you for stopping by and have fun!

Assalamualaikum!

Comments

Popular Posts