BBQ

Day 224: Review Makan Dekat Pak John Steamboat & BBQ

By Izaramli - February 02, 2016

Assalamualaikum!

Hello readers. Malam ni macam rajin pulak nak update blog. Actually nak sambung citer jalan-jalan lepas scan minggu lepas. Ada orang tu dia lapar Seoul Garden. Tapi macam tak nak pergi Seoul Garden sebabnya macam dah selalu pergi. Selalu pergi bukan every week pergi ya. Maksudnya asal cari steamboat & bbq je mesti pergi Seoul Garden. So Iza teringat anak buah Iza ada citer pasal tempat makan ni. Nama dia Pak John Steamboat & BBQ. Tengok review orang macam best. So lepas scan tu terus shoot pergi Damansara sebab nak makan kat sana.

Punya la banyak kereta, maklumla minggu last orang nak shopping untuk Chinese New Year kan. Tapi dekat Ecurve ni agaknye tak ramai orang pergi kot. Parking pun banyak je kosong.

Masuk je Ecurve terus cari Pak John punya kedai. Senang je cari rupanya sebab kat dalam shopping complex Ecurve tu je. Masa sampai tu pun tak ramai lagi orang. Tapi lepas kitorang dah start makan berduyun-duyun pulak orang masuk.

Duduk je kakak pelayan tu terus bagi menu sup kat kitorang. Kat sini ada banyak jenis sup.
1. Beef Bone Pepper Soup
2. Tomyam Soup
3. Curry Soup
4. Miso Soup
5. Chicken Soup

Kitorang tanya dia mana yang paling orang suka, pastu dia recommend kat kitorang Tomyam Soup. So kitorang pun pilih la Tomyam. En Husband dahtak sabar nak pergi tengok apa yang ada. Dia terus pergi usha kat tempat makanan dia.

Ok la, not bad jugak pilihan yang ada. Lebih kurang jugak macam Seoul Garden. Tapi maybe Seoul Garden lagi banyak kot pilihan. Cumanya yang best kat sini makanan dia semua nampak fresh. 

Rupa dalam kedai Pak John.
Dekat belakang tu la tersedianya tempat nak pilih makanan.
Lepas tu dekat sini yang sepcialnye ada makanan kategori premium tau. Bukan senang nak dapat. Memang kalau orang datang sini dornag tuju dekat bahagian premium ni je. Yela, mana taknye boleh ambil selagi boleh kot. Takde limitation. Lupa nak amik pic daging yang kitorang makan tu sebab excited sangat nak bakar. Tapi daging dia memang fresh. Sedap wehhh. Walaupun takde seasoning and makan dengan sos je. Antara yang korang boleh pilih:
1. New Zealand Lamb Slices
2. Australia Beef Slices
3. Premium Abalone Slices
4. Smoke Duck Breast

Dekat bahagian premiun ni memang dia bagi on request je. nak jaga quality agaknya. Yang biasa orang akan amik memang Australia Beef and New Zealand Lamb. Kitorang pun amik yang tu jugak. Selain tu ada Dim Sum jugak. Iza nak rasa tapi tak tau apa yang ada. Nak pilih pun tak reti. kang salah pilih tak kena dengan tekak kang xpasal je.

Ada jugak section untuk kaya ball and waffle kalau sape2 nak makan benda manis. Section untuk air and aiskrim. Tapi aiskrim dia aiskrim batang eh. Bukan aiskrim cedok macam kat Seoul Garden. En Husband sampai dua dia amik. 1 perisa durian, 1 lagi perisa nangka. Ntah la husband aku ni memang suka rasa aiskrim spesis macam ni. Hahah.

Nasi goreng, mee goreng and few lauk pun dorang ada sediakan. Pilihan mee tak yah cakap la. Memang banyak. Dari mee nipis sampai ke mee udon tu pun ada. The macam biasa la, makanan untuk BBQ macam daging, ayam and sotong. Then ada ikan salmon jugak tau. Tapi cepat je habis. Tau2 dah tinggal tulang je. Pastu makanan untuk steamboat and pilihan seafood yang agak menarik jugak la and ada few pencuci mulut macam buah tembikai and cendol.

Ni contoh ayam yang sedia untuk di BBQ kan. Huu. Satu je smepat amik. Yang lain tak ingat dah nak amik pic.
Overall memang kitorang rasa puas hati makan kat sini. walaupun harga lebih kurang Seoul Garden tapi bagi Iza and En Husband berbaloi la makan kat sini. Seasoning BBQ dia sedap and Tomyam dia pun sedap. Kena dengan tekak kitorang. Untuk makan kat sini Iza nagi:


So sesiapa yang nak datang makan kat sini korang boleh pergi dekat alamat bawah ni:

Lot LG-13A & LG-15, 
Lower Ground Floor, 
Ecurve, 
No 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya.

Ataupun boleh usha website and facebook Pak John ni:


Total kitorang makan ritu untuk 2 orang dalam RM90++ termasuk tax sume. So sorang dalam RM40++ la.
Muka happy+kekenyangan En Husband makan kat sini.
Selamat mencuba.

Thanks for stopping by and have fun!

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Makan puas2 BBQ camni..kang ad ank kecik xleh dh melainkan ank tido..sbb mstilah nk mkn lelama sbb byr mahal kan..haha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete