Day 225: Sephora Malaysia Online!

Assalamualaikum!

Hello readers. Lama pulak rasanya tak update blog. Busy keje and prepare barang untuk orang baby sebenarnya. Maklumla. Due dah dekat ni. Excited and berdebar-debar rasanya. Macam2 benda nak kena prepare sebenarnya. Dah beli itu ini pastu tetiba ada yang tak cukup plak. Checklist tu rasanya dah 2 3 kali revised. Mostly barang baby banyak dah beli masa baby expo kat KLCC ritu. Tapi ada lagi tak cukup. Barang untuk diri sendiri belum lagi. Huuuu. Beg pun tak prepare lagi. Takpe-takpe pelan-pelan kayuh. 

Ok back to story. Nak bagitau ni. Actually dah lambat pun. Disebabkan ada masalah teknikal, jadi lambat baru dapat update pasal ni. Korang tau tak yang sekarang ni Sephora dah boleh beli online? Kalau Sephora Lovers mesti tau punya la kan. Sebab dekat butik dorang memang dah advertise pasal ni. Lagi satu pengikut-pengikut Luxola pun mesti tau jugak kan?

Actually, asalnya website Luxola yang selalu jual barang-barang kosmetik macam dekat Sephora. Then suddenly dorang ni ada jual barang-barang brand Sephora sendiri. Then end up website Luxola ditukarkan jadi website Sephora pulak and of course la dorang jual kosmetik yang ada kat butik Sephora tu. 


Apa yang menarik lagi, korang boleh register dekat website ni guna Sephora member card korang. Kan bes tu, point korang pun mestila akan update bila korang beli online kat website ni.


Bagi yang tak tau, Sephora ni ada 2 member card tau. White and Black. Beginner macam Iza masih lagi White Card, lepas tu Iza pun tak selalu sangat shopping kat Sephora ni. Kalau big spender memang cepat je dapat Black Card. Kalau tak silap Iza, member White Card yang dah reach 250 points dah boleh dapat Black Card (point sendiri pun tak sampai 100 lagi. Huhuhu. Sadis) . Benefit pun ada jugak beza sikit.


Lepas ni Sephora Lovers boleh la shopping online tanpa perlu ke butik. Tapi sebenarnya lagi best pergi butik sebab boleh test product. Cumanya kalau beli online ni kadang ada promotion yang dekat butik tak dapat tapi online dapat. Hahah. Tu yang perlukan online jugak kadaang-kadang. Owh btw, Iza sebenarnya ada masalah nak bukak website Sephora ni. Iza dapat screen shot kat atas ni pun sebab bukak dekat office. Tu pun kadang-kadang error. Tak tau sebenarnya masalah apa. Kat rumah takyah cakap la. Selalunya langsung tak boleh bukak. Tak tau la masalah apa. Sabar je la. Macam tak bagi shopping online je. :(

So korang boleh visit/register dekat sini ya:

Selamat bershopping.

Thanks for stopping by and have fun!

Comments

Popular Posts