Day 233: Review Makan Di The Sumbs Shah Alam

Assalamulaikum.

Hello readers. Last week tak sempat nak update. Actually bukan tak sempat tap sebab bermalasan sebab tau nak pergi bercuti ke Melaka dengan family mertua. Hahahha.

So ni citer last 2 weeks yang Iza jalan-jalan Shah Alam tu. Kitorang tak tau nak makan mana. Nak makan kat restoran kat shopping complex kitorang tak ke shopping complex pulak. So google la tempat yang orang suggest pergi bila ada kat Shah Alam. Then nampak makanan kat restoran ni nampak macam sedap je nak makan. Kitorang decide nak makan kat The Sumbs.

Sesampai je dekat restoran, kitorang diberi menu macam biasa la kan. Tetiba rasa tekak hari tu nak makan chicken chop. Dalam menu tak ada tapi ada rupa yang ala-ala macam chicken chop. So Iza decide nak amik Chicken Parmigiana and En Husband pulak amik Steak Parmigiana. Untuk air pulak Iza amik Ribena Laici and En Husband amik Apple Asam Boi.

Sementara tunggu menu sampai sempat la amik bebrapa pic suasana restoran ni. Restorannya tak besar sangat tapi just nice and nampak al-ala hipster gitu. Biasa la restoran macam trend skarang ni.

Abaikan muka En Husband kita yang tengah fokus main hp.
 


Selesa restoran ni. Bagi yang nak merokok and nak rasa udara luar pun boleh. Sebab ada sediakan tempat kat luar jugak. Panas-panas gini elok la duduk dalam. Aircond pun sejuk. Heheheh

Ni la menu kitorang bila dah sampai.

Ribena Laici and Apple Asam Boi
Packaging dia untuk semua menu. Baguskan? Senang nak take away and tak perlu basuh pinggan. Tapi macam ni bagi Iza high cost.
Chicken Parmigiana
Steak Parmigiana

So total untuk kitorang makan kat sini ialah:

 Overall untuk makan kat sini Iza bagi:


Makan dekat sini memang portion dia besar. Kalau makan memang akan kenyang sampai ke malam. Dari segi harga Iza rasa biasa sebab portion dia besar. Air Apple Asam Boi dia memang terbaik. Sedap and rasa nyesal plak tak order yang tu. Hahah. Air Ribena Laici dia pun sedap tak terfikir pulak nak buat camni kat umah. Tapi malangnya manisssssssssssssss sangat. Sampai Iza terpaksa mintak dia tambah ais untuk kurangkan manis. Chicken Parmigiana memang sedap tp sebab portion yang besar tu Iza tak lalu nak habiskan sorang and Iza cepat muak. Steak Parmigiana Iza tak rasa tapi En Husband kata ok la. Sedap la jugak tapi belum sampai tahap yang kita kata ada WOW factor gitu. Presentation memang superb. Cantik and sama macam yang dia iklan kat dalam gambar and Iza suka jugak penggunaan kotak tu sebab senang nak bawak balik and jangan risau sebab kotak tu tak koyak punya la bila kita makan. Heeheheh.

Tu saje review dari Iza. Kalau ada rezeki ke sana lagi Iza nak try menu lain pulak. Pada korang yang nak tau lebih lanjut korang boleh pergi dekat link bawah ni:


Jangan risau. Korang boleh datang cuba sendiri kat restoran dorang ni. InsyaAllah puas hati. Tapi tak tau la kalau tekak korang lain pulak rasanya kan? Heheh. Apa pun korang boleh cari dorang dekat sini:

Persiaran Alami Sek 13, Shah Alam, Selangor

Selamat mencuba!

Thanks for stopping by and have fun!

Assalamualaikum!

Comments

Popular Posts