Day 234: Cuti-cuti Di Melaka

Assalamualaikum!

Hello readers. Malam ni nak share pasal minggu lepas pergi bercuti kat Melaka. Lama dah tak bercuti. Sejak pregnant ni memang xde kot amik cuti sebab nak bercuti. Tapi last week amik 2 hari cuti untuk ke Melaka. Asalnye memang ada plan nak ke Melaka dengan En Husband. Tapi macam ala-ala tak jadi. Sekali pak mertua kata nak celebrate anniversary dekat Melaka pulak and nak ajak anak2 menantu skali. Apa lagi melompat kegembiraan la kitorang. Kuikuikui. Mekasih Abah jemput kitorang skali.

Kitorang gerak hari rabu malam. En Husband habis keje terus shoot balik KL. Sampai KL mandi2 sume then gerak ke Melaka terus. Malam tu menginap kat umah Kak Ipar dulu. Esoknya baru check in chalet. Chalet ok sebab nak dok tepi pantai punya pasal.

Pagi esoknya Iza and En Husband nak gi UTeM. Mengimbau kisah lama. Cehhh. Idok ler. Pergi sebab nak pergi mintak transkrip Iza yang ntah mana-mana orang UTeM letak sebab masa pulangkan jubah dulu dia tak bagi. Last-last kena request reprint jugak. Sebab dia consider Iza dah amik sebab dah sign. Masa pulang jubah tu pun tak soh check pun ada yang Iza patut dapat. Mana la nak tau ada transkrip skali. Sabo je la.

Sempat la snap pic otw pergi and balik dari UTeM tu.

UTeM ok UTeM bukan UNITEN or sebagainya
Skang ni dah ada signboard cantik. Senang student and orang luar
FKEKK fakulti Iza belajar and mencari cinta dulu. Ecewah. Hahaha
Library tempat dating ngan En Husband dulu. Pun boleh kan
Lepas dah settle kat UTeM cadang2nya nak pergi cari makan katr TTU tempat hostel Iza dulu. Sekali Pak Mertua call kat nak naik River Cruise pulak. Dengan sepantas kilat En Husband drive ke sana.

Haaa. Buat apa tu? Sempat dating dulu sementara tunggu kitorang sampai eh?
Maka naik la kitorang bot beramai-ramai. Memang takde orang sangat la. Hari kerja kot. Kitorang je 1 bot. Dahla first time Iza naik River Cruise. Selama dok Melaka memang tak pernah jejak River Cruise ni. Iza masuk Muzium je dulu ngan En Husband sebab dia suka sangat history. Hashah. Sume ni Abah yang belanja. Heheheh. Mekasih Abah.

Kasi can la kat kitorang nak lovey dovey
Kampung Morten. Tak pernah pun jejak kaki kat situ
Cantik jugak dorang cat macam ni
Wefie ngan Kak Ipar. Abaikan En Husband yang ntah amik pic apa ntah
Pak Mertua yang suka amik pic.
Nak balik tu En Husband belikan pic ni untuk Ma and Abah. Pic ni amik sebelum naik bot. Yela, Kak Ipar bagi hadiah. Dia je tak bagi pape. Belikan la pic ni untuk kenangan anniversay dorang kat Melaka ni. Hehehe
Lepas ber River Cruise kitorang balik umah Kak Ipar balik untuk solat and membongkang. Panas sangat cuaca. Masing-masing mengantuk. Kul 3 lebih baru kitorang gerak ke chalet. Tapi tempat kitorang nginap tu tak panggil chalet. Nama dia Ismah Beach Resort. Rugi plak ase tak amik pic kat kawasan chalet tu. Ok la tempat dia. Cantik, selesa and dekat sangat ngan pantai. Siap ada kolam mandi lagi kat sini. Walaupun untuk kanak-kanak, tapi kitorang tak peduli. Kitorang mandi je. Apa yang best lagi, sarapan dia hantar kat bilik tau. Bagus tol. Sedap lak tu. Tapi dapat merasa 1 hari punya sarapan je.

Malam tu kitorang buat BBQ kat situ. Barang sume abang Ipar dah beli sebelum kitorang sampai Melaka.

Bersunggu En Husband membakar
Melaka vs Pahang. Bak kata mak mertua, ntah paham ke tak tu
Ni pak mertua la ni. Suka amik pic tak ready. Hhhuhu.
Selesai BBQ memasing letih. Makan dah banyak memang ngantuk la jawabnya. Bestnye la tido dengan air cond dalam suasana panas camni.

Esoknya macam tak ada aktiviti sangat pagi tu. Cuma gi mandi kolam je. Then orang laki gi solat Jumaat. Malam tu baru beraktiviti bowling. Ma la paling excited nak main bowling anak beranak. Siap sponsor hadiah duit lagi. Semua orang dapat tapi tengok nombor la.

Abaikan Iza yang gemok itu. Challenging nak kurus balik lepas bersalin ni.
Ma bersungguh baling bola bowling. Klu mak Iza tak reti la kot.
Memasing fokus nak menang. En Husband dengan kasut kemenangannye.
Anak kak Ipar pun main jugak ganti mama dia. Adik dia pun join skali tapi takde pic pulak nak tunjuk.
 Akhirnye En Husband share tempat ngan Abang Ipar. Mata dorang sama. So duit tempat pertama and kedua tu bahagi sama rata. Jadi la kan. Ma nak sponsor punya pasal. Heheh

Balik tu kitorang gi bantai KFC pulak. Sedap anak dalam perut makan. Hehehe.

Esoknye kitorang terpaksa balik awal sebab Iza ada check up kat SALAM. Tu yang tak merasa makan sarapan hari kedua. Dah la nasi lemak lak tu. Nasib baik jumpa nasi lemak kat RNR Seremban. Sedap la jugak.

Alhamdulillah sampai SALAM pukul 10 lebih and still sempat register. Scan punya scan berat baby dah 2.5 kg. Mak aih cepat tol dia besar. Heheh. Seronok dia makan dalam prut agaknye. Mintak-mintak la semuanya senang nanti. Doakan yang terbaik untuk Iza ya.

Tu je la nak share.

Thanks for stopping by and have fun.

Assalamualaikum!

Comments

Popular Posts