Day 236: Review Perfume Precious By RCW

Assalamualaikum!

Hello readers. Malam ni Iza nak share pasal perfume RCW lagi. Last time Iza review prefume Gorgeous. Kali ni perfume Precious pulak.

Fuh! Memang tak rugi la Iza rasa beli perfume RCW ni. Memang Iza suka dua-dua perfume dia. Best! Ni pun En Husband belanja katanya. Hahah. Tapi nanti kita belanja balik ye En Husband. Sian dia kena belanja wife dia perfume berbotol-botol. Huhuhu.



Ok. Sikit pasal perfume Precious ni. Apa bau yang ada dalam perfume ni?

Top notes:
Warmwood

Center notes:
Floral bouquet of natural rose absolute and iris blends with subtle warm tones of sandalwood

Base notes:
Creamy vanilla and musk

Fuhhh. Complicated dia punya notes. Untuk itu Iza ringkaskan yang bau dia elegan sebenarnya. Gituuu. Hahah. Bau dia unik. Bau dia macam bau perfume yang orang tak expect harga dia RM29.90. Serius tak tipu. Memang sedap bau dia.


Bau perfume ni tak semanis perfume Gorgeous. Bau perfume ni lebih kepada bau macam orang-orang yang bekerjaya and Iza rasa bau dia macam lebih kuat dari Gorgeous.


Sama jugak macam Gorgeous perfume ni tahan lama jugak. Ok la untuk ketahanan dia. Nak tahan lebih lama sembur la lebih sikit. Iza sayang plak nak sembur banyak-banyak. Takut cepat habis. Hahaha.


Untuk perfume ni Iza bagi:


Sebab bau dia yang exclusive and iza pun suka bau dia. Then harga dia sangat-sangat la berpatutan. Iza recommend jugak korang beli perfume ni untuk orang yang suka bau yang elegan la. Kalau nak bau yang ala-ala sweet korang boleh amik Gogeous.

Harga untuk perfume 20ml ni:

RM 29.90 (WM)
RM 31.90 (EM)

Selamat mencuba!

Thank you for stopping by and have fun!

Assalamualaikum.

Comments

  1. Sangat membantu! Kak Iza bagi explaination tu detail but simple. Siap letak harga bagi sebotol. So, boleh tau harga Original dia cam mana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts