Day 237: Review Makan Di Tijaarah Western Cuisine Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum!

Hello readers! Malam ni Iza nak review makan dekat 1 restoran ni. Semenjak selalu ke Shah Alam ni, selalu la kitorang terjah kedai-kedai makan hipster kat area Shah Alam ni.

Salah satunya Tijaarah Western Cuisine. Kalau korang jenis kaki shopping kat Seksyen 7 memang korang mesti tau kedai makan ni. Iza dulu sebelum kahwin bila pergi Seksyen 7 ni mesti lalu je kat kedai makan ni. Sebab apa? Sebab nampak macam mahal je nak makan kat sini. Huhuh

So sebelum Iza bebel lain kita tengok dulu apa kitorang order kat sini:


First makanan yang sampai. Battered Fried Onion Ring.


Fajitas


Alfredo


Chocolate Milkshake


My Heart (nama dia ok)

Nampak sedap tak? To be honest memang makanan kat sini agak pricey. Memang betul la jangkaan Iza. Tapi sebab makan ngan En Husband dia tak peduli semua tu. Janji sedap. Hahaha. Untuk makanan kat sini memang sedap. Especially onion ring dia. Iza and En Husband pernah makan yang The Manhattan Fish Market punya tapi tak sedap. Tak habis pun kitorang makan, Tapi yang dekat sini memang terbaik. Rangup and memang kena dengan selera kitorang.

Fajitas En Husband tu Iza rasa ayam dia je. Sedap jugak. Dia macam masak dengan blackpaper and garam. Pastu makan dengan roti pita tu calet sket avocado, kentang lenyek and sos salsa dia. Sos salsa ke tu?  Memandai je bagi nama. Hahahah

Iza punya pulak Alfredo. Rasa dia pun sedap. Tapi sebabkan dah bantai makan onion ring banyak. Ke laut nak habiskan Alfredo dia ni. Rasa dia memang just nice. Lemak-lemak dia semua cukup.

Air tak yah cakap la. Memang terbaik. Sedap sangat air yang Iza order, My Heart, gabungan jus tembikai and laici rupanya. Sedap weh. En Husband pulak, Chocolate Milkshake. Sedap jugak air tu. Tapi still tak leh lawan Milkshake dekat Johnny Rockets.



Ni pulak rupa persekitaran kedai makan ni. Ala-ala bar gitu. Tapi takde eh serve benda-benda yang tak patut. Staff dia pun semua melayu je Iza tengok. Berkonsepkan open air. Senang orang nak lepak-lepak kat sini. Siap ada kipas kaki just in case panas sangat cam kitorang. Hahaha.


Kedai makan ni siap ada bell lagi tau. So senang takdela nak terpanggil-panggil. Tekan je loceng.


Muka En Husband yang redha je tunggu makanan.


Seb bek tak nampak gemok sangat. Hahahah.


So, ni total kitorang makan hari tu.

Overall Iza bagi:


Sebabnya harga dia yang pricey. The rest memang Iza suka. Service pun laju je Iza tengok.

Kalau korang nak cuba boleh datang ke alamat ni:

Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Agak-agak korang tak jumpa korang cari abang jual jambu kat selekoh jalan. Kat situ la kedai makan ni. Hahah. Abang tu jual Jambu 88 yang sedap tu tau.

Atau pun korang boleh usha link bawah ni dulu:


Selamat mencuba.

Thank you for stopping by and have fun!

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts