Day 238: Unboxing Rosellé Minaz EDP

Assalamualaikum!!

Hello readers! Minggu lepas Iza tak update pape. Takde idea nak update apa. So minggu ni Iza nak buat unboxing sket.

Korang pernah dengar jenama MINAZ? Famous ok MINAZ ni. Baju dia semua cantik-cantik. Tapi Iza belum berkesempatan nak beli lagi.

Baru-baru ni dorang ada launch product baru which is perfume. Yes! Iza suka perfume and Iza tak terlepas jadi salah sorang pembeli perfume dorang. Perfume dorang ni diberi nama Rosellé and perfume ni macam melambangkan kelembutan Mira Filzah. Lebih kurang gitu ler.

So tadi Iza baru je dapat perfume Iza. Actually memang excited jugak la bila dapat. Sebab jadi antara yang terawal dapat perfume ni sebelum MINAZ buat second launch dekat butik dia kat bangi. Sekarang ni Iza tak nak review dulu sebab Iza nak try dulu perfume ni walaupun Iza dah tau bau dia macam mana. Apa yang Iza boleh cakap sekarang perfume ni memang wangi. Hahahah

So tengok je la pic-pic untuk unboxing Iza kali ni ya.


Setiap pembelian akan dapat paperbag comel ni. Kecik je paperbag ni. Sama macam korang beli baju kat MINAZ. Dapat paperbag camni jugak tapi yang ni version comel punya.


Apa yang Iza dapat dengan pembelian perfume ni. Ofcourse la perfumenya and dapat poscard exclusive yang ada signature Mira Filzah.


Ni close up muka depan poscard tu. Cantiknya la Mira Filzah ni.



Ni pulak bahagian belakang and ada signature Mira Filzah.



Pefume ni pulak didatangkan dengan kotak exclusive and kotak ni dibungkus dengan plastik tau.



Cantikla kotaknya. Korang boleh simpan la kotak ni untuk isi barang-barang lain.



Packaging untuk perfume ni memang terbaik and exclusive sangat. Even perfume ni diletakkan dalam kotak and siap ada foam untuk tempatkan perfume ni. Bukan letak gitu je la kan.


Botol perfume ni pun cantik sangat. Comel je rupa dia. Sesuaila dengan namanya.

So amacam? Tergoda tak? Hahah. Nanti Iza review pasal perfume ni pulak but not now. Iza kena test bau dia dulu. Hehehe.

Okla. Tu je nak share.

Thanks for stopping by and have fun!

Assalamualaikum!

Comments

Popular Posts