Day 241: Episod Baru Dalam Hidup

By Izaramli - October 21, 2016

Assalamualaikum!

Alahai lamanya tak menaip blog ni. Last ritu pun Iza rushing. Semenjak dah ada anak ni nak bukak laptop pun tak sempat. Pulak tu laptop meragam and sekarang dah pakai PC lagi payah nak bukak. Yes, Iza dah anak. Dah lama dah mula episode baru. Rasa macam baru je cerita pasal wedding and honeymoon. Tup tup sekarang dah ada anak pulak.

Kadang-kadang bila teringat rasa macam tak pernah pulak terfikir Iza akan sampai ke tahap ni. Yela rasanya diri ni takdela matured pun. Nak-nak dikelilingi dengan anak-anak buah yang remaja and dah macam adik Iza je rasanya. Memang tak terasa diri ni dah sampai masa ada anak sendiri. Bila dah ada ni baru sedar, ok aku dah dewasa. Hahah.

Alhamdulillah menang dalam medan perang nak lahirkan si kecik ni. Walaupun dengan bantuan vaccum, Iza still consider deliver normal. Syukur sangat rasanya. Tapi tu tak masuk bab sebelum Iza bersalin. Nak dijadikan citernye Iza ni sebenarnye bersalin lebih due. Iza sepatutnye bersalin 10 May 2016. Tapi sebab baby malu nak keluar Iza kena induced 16 May 2016. Senang citernye kena paksa bersalin. Fuhh. Tempoh seminggu tu macam-macam perasaan ada. To be honest memang Iza rasa takut, risau, sedih, semua ada. En. Husband pun cuti awal sebab risau tengok emosi tercalar Iza. Tapi yang tu Iza cerita kemudian la ya.


Haa. Ni la dia baby yang nak kena paksa keluar dari perut Mama dia ni. Hehe. Nama dia Muhammad Izz Rayyan. Nama pilihan En. Husband. Dia nak sangat nama tu. Alhamdulillah anak Iza lahir dengan sempurna. Senang hati Mama and Abah dia. Masa mula-mula dulu kekok jugak la. Yela. Iza mana ada adik. Pegang beby ni memang boleh katakan tak pernah. Tapi syukur rasa bila naluri mak-mak tu ada semua pun jadi boleh. Hehe

Sekarang ni dah 5 bulan dah. Cepat betul masa berlalu. Banyak jugak dugaan sepanjang besarkan dia. Walaupun Iza tinggal dengan family Iza tapi banyak jugak yang Iza belajar dengan Mak. Belajar erti sabar dan tenang. Fuhh. macam-macam la. Alhamdulillah jugak la sebab mak masih mampu nak jaga anak Iza waktu Iza dah mula kerja balik.


Walaupun anak Iza ni jenis yang lasak orangnya tapi tak sangka jugak la Iza ni larat nak layan lasak dia. Hahaha. Nak-nak lagi bila dah masuk 5 bulan ni. Memang dia lambat meniarap, risau jugak sebab patutnye dia dah boleh tapi dia tak buat. Tapi bila dah meniarap asyil ml berguling la pulak.

Okla tu je la nak share dulu. Semoga Allah pelihara kita semua.


Thanks for stopping by and have fun!

P/S: Thanks sayang tidur lena bagi chance Mama update blog. Sayang anak Mama. Muah ciked. :D

  • Share:

You Might Also Like

0 comments