Day 244: Review - Alha Alfa Royal Propolis Foundation

By Izaramli - December 26, 2017

Assalamualaikum everyone!

I'm back again. Hari ni nak story pasal foundation yang Iza pakai recently. Iza memang dah lama tak pakai foundation. Iza sama ada pakai BB Cream or CC Cream sebelum ni. Tak pun pakai cushion as based. Then Iza akan pakai compact powder tak pun bantai anak punya bedak as loose powder. Hahah.

Then Iza minat satu MUA ni nama dia Alha Alfa. Best friend Iza la sibuk soh tengok makeup dia. Dia lelaki ok and dia makeupkan orang like soooooo cantik. Macam doll muka orang yang dia makeup. Serius cantik giler. Setelah lama follow dia then Iza dapat tau dia keluarkan product dia.

Kenapa Iza berani nak cuba product dia sebab dia MUA kot, mestila dia tau apa yang better untuk skin orang Malaysia ni. So, Iza pun beli la satu sebab nak cuba and I love it so much.

Alha Alfa Royal Propolis Foundation


Ada 3 pilihan warna, yang Iza guna ialah code Fervi. Foundation ni coerage dia pun not bad. Kalau pakai banyak memang boleh fully coverage. Tapi Iza je pakai sikit je. Tu pun dah cukup memadai nak cover red spot kat muka Iza. So nampak la warna kulit muka sekata gitu. Lepas tu foundation ni sangat affordable tau baru RM49.90 je 1. Kalau nak compare dengan foundation lain yang jual kat luar sana tu dah la mahal pastu bekas kecik cinonet je.


Ni rupa texture dia. Dia tak pekat pun. Cair je. Kalau pakai amount banyak ni boleh dah cover full face. Tapi ni Iza terpicit lebih ni. Biasa Iza pakai 1/3 je dari banyak ni. Sikit je kan? Tak cover pun bekas jerawat. Hahaha. Ala pergi je pun tak yah nak tebal sangat la. Kalau kenduri kahwin or event pape baru Iza pakai lebih sikit.



Kandungan foundation ni ada Propolis atau maksudnye pati air liur lebah. Kalau ikutkan Propolis ni boleh bantu kecutkan jerawat and pudarkan bekas jerawat. Haaa, best tak? Tapi Iza pakai sikit kan so effect dia tak nampak sangat. Belum sampai sebelum pun Iza pakai and Iza pakai hari-hari jugak except Ahad or hari yang tak keluar berjalan. Nanti ada apa-apa perubahan Iza bagitau ya. Tapi so far Iza ada perasan jugak, lately muka Iza banyak naik jerawat tapi bekas jerawat tu cepat pudar. 


Bagi Iza memang worth it nak cuba. Overall memang Iza suka giler foundation ni. Eh, support la local sikit. Iza support local ok. Heheh.


So ni bila dah pakai foundation tu. Ok fine nampak bekas jerawat, I tak cover habis ok. :P Tapi nampak warna kulit sekata je and nampak fresh. Nanti Iza share kalau Iza pakai yang fully cover.

Tu jela bebelan hari ni. Bagi yang nak mencuba boleh la beli foundation ni. Boleh cari agent dia online. Bersepah-sepah agent dia kalau nak cari. Tapi tips Iza kalau nak jimat beli kat shopee sebab shopee offer free postage untuk pembelian RM30 ke atas. Kan jimat dah RM7 - RM8 tu. Heheeh. Selamat mencuba you all.

Till we meet again!

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Hi dear, i selling SoopNature Airy Cushion. This cushion is a k-beauty concept bb cushion that suits Malaysia's climate & suits Malaysian skintone even better than korean bb cushion. Come check my instagram @soopnature.lula and DM me for more information.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Sis minta maaf ye sis. Boleh tak sblm sis publish sis proofread dulu writing sis. Sbb mcm bnyk sgt misspellings. Kene ulang 2-3 kali baca baru fhm. Apa2 pon tq utk review product ni..

    ReplyDelete
  3. alha alfa yg ada jual kat vendor tu original ka?

    ReplyDelete