Day 245: Bersalin di SALAM Specialist Hospital

By Izaramli - December 27, 2017

Assalamualaikum.

Hello readers. So here I am updating my blog again. This might be a long entry ya. Panjang ni nak cerita. So kali ni Iza nak cerita macam mana rasanya bersalin di SALAM Specialist Hospital. Untuk pengetahuan semua hospital ni adalah private hospital so jangan expect harga dia murah la. BUT, ni antara private hospital yang murah yang Iza jumpa. Yup. Trust me. Ada jugak private hospital lain yang murah macam UMRA. Tapi UMRA is not in AIA list. Yes. Tak payah nak berlagak sangat sebab Iza bersalin bukan guna duit sendiri. That's why la mampu nak pergi private. If not, Iza bersalin je la dekat hospital gov which is not bad also. 

Alhamdulillah rezeki Iza sebab tempat kerja hubby ada insuran yang cover maternity jugak. So dapat la merasa bersalin dekat private. Kenapa Iza pilih SALAM? Ada banyak lagi private hospital yang iza boleh pilih untuk bersalin sebenarnya. Other than based on people experience Iza nak cari yang dekat dengan rumah and nak hospital tu alamat Selangor. Banyak tau benefit anak dapat klu lahir dekat Selangor. Eceh promote pulak. So tu some of the reason la. Actually SALAM ni ada 3 tempat, Shah Alam, Senawang and Kuala Terengganu. But ofcourse la Iza akan pilih Shah Alam.

Sebelum nak bersalin dekat SALAM make sure korang book appointment dengan doctor dulu untuk buat check up. Iza memang booked awal sebab doctor yang Iza nak tu ramai nak dengan dia. Hahah. Dekat SALAM sebelum ni ada 2 orang je doctor untuk bahagian Obstetrician & Gynaecologist. Lepas tu Iza dengar dah tinggal sorang je which is Dr Siti Mariam. Tapi skarang ni tak tau la.

Masa memula check dekat sini, Iza tak jumpa pun Dr Siti Mariam tu. Bukan setakat memula je, tapi sepanjang Iza check up tak pernah jumpa. Dia memang sangat busy orangnya. Yela, dia orang nak sambut baby, ko rasa? Ofcourse la dia busy. So jumpa kawan dia Dr Neza. Baik dan lembut sangat orangnya. Bila kita tanya dia akan explain dengan cara yang kita mudah faham. Tak lokek ilmu la senang citer. Then minggu terakhir check up tu baru dapat jumpa Dr Siti Mariam. Relax je orangnya. 

Iza over due so Iza kena bersalin paksa. Baby tak keluar ikut date yang sepatutnya which is 10 May 2016. Then doc bagi tempoh lebih kurang seminggu, kalau tak keluar jugak Iza kena paksa atau nama lainnye induce. 

Tarikh yang doc bagi 16 May 2016, hari Isnin. Pukul 7 pagi kitorang dah terpacak kat hospital sebab nak register bagai sume. Lepas register terus dapat bilik and boleh la letak barang-barang dalam bilik. Tak sempat pun nak nikmati suasa bilik (maaf tak sempat amik pic sebab hati nebes macam air menggelegak blupblupblup) nurse dah panggil soh gi check dulu. Terus masuk area labour room untuk check laluan. Tup tup nurse kata dah 3cm. Eh? Bila masa sakit? Confuse jap. Tapi tak heran la. 2 hari sebelum tu berjalan teruk macam nak giler gara-gara nak bagi baby turun cepat.


Lepas check kena tukar baju pink. Di sini la bermulanya titik-titik perjuanganku. Fuhhh. Memula ingatkan boleh la balik bilik lepak2 dengan hubby dulu sekali amik kau, dia soh dok labour room terus. Dia cucuk kat bontot pastu kau baring la diam kat situ. Masa tu dah kul 8 lebih. Lonely tol ase. Tak lama lepas tu baru hubby leh masuk. Dapat la borak kejap. By the Iza memang takde selera langsung nak makan. Nurse pun ada tanya dah sarapan ke. Iza cuma minum milo dengan planta (tips iza baca kat tenet supaya senang baby nak keluar), pastu roti. 

Sekali lagi nurse datang dengan Dr Siti Mariam, kali ni dia masukkan ubat apa ntah (agaknya untuk induce kot, punya la tak tau. Teruk betul). Pasu dah. Tengah borak, tengok handphone semua tetiba nurse datang lagi. "Awak tak mengantuk ke?" Confuse jap time tu. Memang tak ngantuk lagi time tu. Pastu nurse cakap "Kalau mengantuk tidur je" Tak lama lepas tu dah rasa macam ngantuk tapi tahan mata. Tetiba rasa basah pulak. Eh aku kencing ke? Owh macam ni rupanya rasa air ketuban pecah. Memang macam kencing tak korang takleh nk tahan. Nurse datang ganti kain apa sume then Iza terus tido sebab dah ngantuk maximum.

Kalau dekat hospital biasanya Iza dengar nurse akan suruh berjalan keliling hospital supaya bukaan tu lagi cepat. Tapi kat SALAM ni tak pulak. Soh tido lagi ada. Yang Iza ingat, Iza sedar bila sakit contruction je. Fuhh. Berperang dengan husband betul time tu. Memang nurse ada bagi Iza sedut ubat untuk kurangkan sakit tapi sakit dia sampai rasa Iza nak patahkan je penyedut tu. Hubby pulak takut Iza patahkan benda tu dia soh Iza pegang tangan dia. Nasib tangan awak tak patah sayang.

Nurse ada datang check 2 3 kali nak tengok bukaan. Apa yang nurse cakap laluan Iza sempit and dia ada tolong jugak untuk besarkan laluan. Sebabkan bukaan Iza lambat Dr Mariam sempat balik rumah dulu then datang hospital balik. Sedar tak sedar lebih kurang pukul 8 malam tu nurse check lagi bukaan dah 10cm. Dorang pun prepare apa yang patut, Dr Mariam pun dah ada. Standby untuk meneran pulak. Time ni memang Iza struggle giler. Yela. Time tengahari tu Iza makan kurma je ngan minum air Yassin mak Iza bacakan tu pun muntah balik. Energy tu memang tak tau la ada ke tak. Tapi Iza push jugak. Still ingat step2nya. Teran bila rasa contruction. Still tak jalan. Then Dr Mariam decide nak vaccum. Tapi vaccum tu memang kejap je. Klu tak silap 2 kali teran kot pastu terus keluar baby. Iza ingat lagi masa tu Iza dengar, tak tau sape yang cakap dia kata "Bagus awak tak menjerit macam orang lain". Lepas baby dah keluar tu terus lega and hilang semua rasa sakit.


Dah settle semua, Dr Mariam jahit apa yang perlu. Iza tanya jugak berapa banyak jahitan tapi dia tak nak cakap. Hubby pun tak nampak sebab dia jahit dekat bahagian dalam. Rupanya baru Iza tau Dr Mariam ni famous sebab jahitan dia cantik lepas berborak dengan tukang urut Iza masa dalam pantang which is she was a nurse sebelum ni. No wonder la and Iza rasa luka tu kejap je dah baik.

Lepas dah settle Iza balik bilik dengan di sambut dengan family Iza yang datang nak tengok baby. Then, dorang balik and tinggal la Iza and hubby tido kat hospital 1 malam. Esoknya petang baru Iza balik lepas Dr Mariam check Iza and baby. Masuk2 je dia tanya mana baby yang suka senyum tu. Hahaha. Bangga jap. By the way, makan kat SALAM ni memang sedap. Lauk pantang dia memang best.



Okla takat ni jela cerita panjang lebar Iza.

Till we meet again!

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. Brp kos bersalin kat sini awak..
    Check up brp kali kat hospital salam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru reply. Total kos masa tu dalam 3k++ dekat 4k. xingat bape kali check up. klu xsilap selang 2 minggu kena check up tp masa tu sy dh hujung2 nk bersalin dah

      Delete
  2. Saya pun nak tnya perkara sama.total bil berapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu lebih kurang 3k++ dekat 4k klu xsilap sy.

      Delete
  3. Betul ke kalau nak bersalin salam kne checkup sekurangnya 3 kali?? Kalau tak cukup 3 kali dah nak bersalin mcm mana eh? ? Boleh ke bersalin sana juga?

    ReplyDelete
  4. Salam, kalau first time check up kena call untuk set appointment dulu ke boleh walk in je? then masa first appointment tu terus cakap ke nak bersalin kat situ dan nak pilih dr?

    ReplyDelete
  5. Salam. Baca blog u ni baru tahu Dr Siti Mariam famous sebab jahitan dia. Saya pun bersalin dgn Dr Siti Dec2019. Pilih Dr ni sebab baca dia sgt dikenali as dr yang usaha bagi normal birth. Tapi rezeki manusia lain-lain. Masa checkup muka Dr berubah, dr kata saya still tiada bukaan walau 1cm pun. Pastu takde contraction dan saya pun langsung takde start rasa sakit walhal baby dah tua dalam perut. She said kalau saya cuba juga normal, saya akan fail dan akhirnya perlu buat emergency czer pula sebab score zero in all aspects. Maka, petang tu terus lahirlah anak saya secara elective czer. Sampai skarang saya tak tahu contraction pain macamana sebab sampai masa dah sarat nak bersalin pun masih tiada contraction pain. Operation semua okay walau jantung rasa nak tercabut sebab nervous, alhamdulillah no complication. Kesan luka czer juga sangat kemas, garis halus sahaja bila tengok dekat2 sangat baru perasan. Bila checkup kat klinik kesihatan sebab pantang kat kampung semua kata luka sangat cantik. Alhamdulillah. Saya recommend sgt Dr Siti Mariam sebab dia sangat tenang at all times dari masa checkup lagi sampai selesai semuanya, nurses kat Salam pun jenis yg friendly semua. Sebab kena operate, maka diberi single room, cost semua RM 7k (sebut ni sebab tahu ramai bakal ibu cari sebab nak manage cost and boleh plan budget)

    ReplyDelete