Day 248: Pak John Steamboat Kegemaran Kami

Assalamualaikum.

Last two weeks kitorang makan dekat Pak John Steamboat. Ntah kali yang keberapa ntah makan kat sini. Bila husband ada duit lebih sikit dia suka makan kat sini. Yup. Iza pun suka makan kat sini. Iza penah review kedai makan ni (Boleh baca dekat sini: Day 224: Review Makan Dekat Pak John Steamboat & BBQ). Selain Pak John kitorang suka jugak Seoul Garden. Tapi husband bukan Korean taste sangat so dia prefer Pak John lagi. Some more Pak John memang sentiasa ada lamb. Seoul Garden ada bila dinner je and rasa macam tak semua tempat ada kot.


Pilihan makanan yang diperam tu tak banyak sangat pun especially part daging. Tak macam Seoul Garden, macam-macam perisa ada. Pak John di lebih kepada fresh food yang kau BBQ or stemboat kan dia macam kebanyakkan seafood. 




Tapi most of people yang datang memang will go for lamb yang dia hiris halus-halus tu. But WHY? Pastu ciput ke kau bagi. Yes we can go for many rounds tapi cam malas la nak mintak banyak kali kan? Hahah.

Nampak tak betapa nipis lamb dengan beef yang request punya ni?
Yang best dekat Pak John ni soup dia. Iza suka soup dia especially Tom Yam. Soup dia memang tak mengecewakan. Kena dengan tekak Iza and husband. Then pilihan untuk steamboat dia pun not bad. Ada 1 bebola tu dia ada cheese kat dalam. Memang tu je kitorang selalu ambil untuk steamboat. Tehn makan dengat soup dia memang best! That's what we love the most. 

Ni Tom Yam Soup
That bebola yang iza maksudkan
 Kat sini Iza suka jugak waffles dia. Sedap. And dia punya desserts. Pilihan desserts dia pun best. So kalau makan kat sini memang wajib amik waffles and desserts lain.



In my opinion if you looking for fresh food boleh datang sini. Tapi kalau nak banyak pilihan makanan for BBQ boleh pergi Seoul Garden. 

Price? Lebih kurang je Pak John dengan Seoul Garden.



Budak bangun tido terus makan
For us, kitorang akan datang je sini makan bila ada duit lebih sikit and we enjoy the food.

Till we meet again!

Assalamualaikum.



Comments

Popular Posts