Day 249: H-Cort Ointment Untuk Ruam

Assalamualaikum!

Hello readers. Pernah nak tak anak korang kena ruam? Mesti pernah kan? Mostly baby mesti kena ruam. Apa-apa jenis ruam la contoh eczema, prickly heat (ruam panas), nappy rash dan lain-lain. Anak Iza pun tak terlepas dari kena ruam. Mula-mula Iza pun tak sure sama ada dia allergic or eczema. Sebab dia selalu timbul ruam dekat bahagian leher dia. Biji kecil-kecil macam tu then gatal sebab dia asyik garu je. Kesian tengok dia. 

Puas la Iza google sana sini cari apa-apa product yang boleh hilangkan ruam tu. Pergi klinik and farmasi tanya sana sini untuk cari ubat berkesan and semuanya akan suggest calamine lotion sebab dia sejuk so dapat kurangkan rasa gatal. Tapi tak pernah berkesan. Lepas dorang suggest any nappy rash punya cream sebab katanya ruam dia lebih kurang sama. Tapi pun tak berkesan. Last-last ruam tu hilang sendiri. Tapi tak totally hilang semua la still ada tapi kurang and dia sentiasa on off. Kejap ada kejap kurang.

Then ada 1 hari tu, tetiba ruam dia naik banyak sampai ke nipple dia. Kesian dia gatal. Iza bawak dia ke klinik lagi. Kebetulan Iza stay rumah kak long kat USJ so kitorang cari klinik dekat area Taipan. Ada 1 klinik ni nama dia Klinik Pakar Sin, Iza tengok list major dia and salah 1 ialah pakar kulit. So berharap klinik tu bagus la. Bila doktor check dia kata anak Iza ni prickly heat je. Tapi memang Iza perasan ruam dia naik bila cuaca panas. Then dia kata tak ada apa pun nak risau and dia bagi ubat sapu. First time Iza dapat ubat yang bukan cream tapi ointment and dia bagi dalam bekas ubat yang tak ada brand. Maybe dia beli banyak then dia masukkan dalam bekas kecil so klinik lagi jimat kan?

So balik rumah Iza sapu ointment tu nipis je dekat bahagian ruam. Sapu atleast 3 - 4 kali sehari and yes ubat tu berkesan sangat. Dalam masa 1 hari dah surut ruam and 2 - 3 hari macam tu dah tak ada dah. Alhamdulillah lega rasa. Then bila kena lagi Iza just sapu je la. Pastu bila dah habis Iza tak tau nak cari mana and kebetulan klinik tu tutup pulak. Singgah farmasi tanya, nak ubat yang jenis ointment and safe for baby. So dia suggest H-Cort Ointment.



Apa yang Iza baca H-Cort Ointment ni active ingredient dia ialah Hydrocortisone which is some kind of steroid la. Orang kata tak elok kan dedahkan baby dengan steroid tapi amount dia tak banyak dalam H-Cort ni so should be safe la kot since pharmacist pun suggest and ubat ni pun berkesan untuk anak Iza.

Ointment texture
H-Cort Ointment ni bukan untuk prickly heat je, eczema or kena gigit serangga pun boleh sapu jugak. Nappy rash apa ntah lagi ofcourse la boleh. Untuk korang yang ada masalah sama macam Iza maybe boleh try H-Cort Ointment ni for your last choice. Harga dia pun tak mahal, tak sampai RM10 pun kalau beli dekat farmasi. Tapi Iza, whenever kena ruam or gatal-gatal memang Iza sapu ni je la kat anak Iza. Make sure sapu nipis je. Owh by the way umur anak Iza dah 1 tahun 8 bulan. So Iza suggest untuk anak yang 1 tahun ke atas kalau nak try. Selamat mencuba.

Till we meet again. 

Assamualaikum.

Comments

Popular Posts