Day 254: Kenapa Perlu Pakai Sunscreen/Sunblock?

Assalamualaikum!

Hello readers! Korang tau tak sunscreen/sunblock tu penting? No worries. Iza pun tak tau dulu. Sejak berazam nak betulkan skincare routine Iza, Iza banyak terbaca pasal sunscreen. Yup sunscreen ni sangat penting especially bila kita dah pakai produk yang photosensitive. Apa tu photosensitive? Ok jap lagi Iza explain.

First Iza nak bagitahu apa kesannya kalau kita terdedah dengan UV rays (4 paling penting bagi Iza):

1. Skin Cancer (Takutnya yang ni! Technically cause by UVB) 
2. Sunburn (Ni biasa kan kalau mandi pantai. This also cause by UVB)
3. Wrinkles (Mempercepatkan penuaan. Punca dari UVA.)
4. Dark Circle (Antara punca selain tak cukup tidur and letih. Pun sebab dari UVA)


 Semua ni boleh terjadi kalau korang tak pakai sunscreen tau. Especially yang guna produk yang photosensitive macam Iza cakap tadi. Photosensitive ni maksudnya chemical yang bertindak balas dengan cahaya matahari. Biasanya produk yang ada AHA, BHA or any product for acne mesti photosensitive so WAJIB pakai sunscreen.

Macam mana nak pilih sunscreen?

1. Broad spectrum
Cari sunscreen yang ada mention protect from both UVB and UVA or mentioned broad spectrum. These two UV rays yang paling mudah terdedah kat kulit kita. Biasanya kat ingredient dia mention any of these: benzophenones (oxybenzone), cinnamates (octylmethyl cinnamate and cinoxate), sulisobenzone, salicylates, titanium dioxide, zinc oxide, avobenzone (Parsol 1789) and ecamsule (Mexoryl SX).

2. SPF (Sun Protection Factor)
Most recommended is SPF 30. Actually maksud 30 tu apa yang Iza baca kita boleh terdedah dengan cahaya matahari 30 kali lebih lama kalau kita apply sunscreen dengan betul. Kalau rasa nak guna SPF lagi tinggi pun takpe. Terpulang la. Iza pun beli SPF 50 sebab tak tahu rupanya tak jauh beza dengan SPF 30. SPF 30 filter 97% UVB, SPF 50 pulak filter 98% je.

3. PA (Protection Grade of UVA)
Korang boleh cari yang ada mention ni jugak kalau nak lagi secure. Level of protection based on berapa banyak + yang ada. Lagi banyak PA+++, lagi bagus.

For now Iza pakai 2 jenis (tamak sangat. Hahahah), Nivea and 3W Clinic. Actually Iza beli yang Nivea Sun Protect And Moisture tu dulu. Bagi Iza bagus sunscreen ni plus dia ada collegen tapi Iza tak tahan betul bau dia. Menusuk kalbu betul la. Then dia water resistant so rasa dia macam ada lapisan lain pulak bila dah pakai. Pastu bila pakai rasa cam putih giler kulit muka aku. Hahah. Tapi actually tu memang biasa bila pakai sunscreen. Just jangan apply banyak sekaligus. Jenuh nak ratakan. Apply sikit-sikit, ratakan then apply lagi. Harga boleh tahan gak RM28-RM30 jugak la satu botol ni. Sunscreen ni Iza tak suggest kot untuk oily skin type.




Then Iza jumpa 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream ni. Review banyak yang cakap ok. So far memang Iza suka. First bau dia tak menusuk sangat. Then dia tak putihkan kulit muka. Sunscreen ni a bit watery so cepat absorb bila pakai, Iza rasa sesuai dengan oily skin type. Harga dalam RM25-RM28. Tapi kalau nak lagi better for oily skin type cari sunscreen yang memang water base. Biore ada banyak choice rasanya.




Suggested to apply sunscreen every 2 hours. Tau tau, Iza pun tak rajin. Iza akan re-apply 30 min bila nak keluar je. Huhuhu. Tapi kan dah pakai makeup?? How? Tu part yang tak best. Tapi Iza pakai 3W Clinic so far ok je nak re-apply. Bila dah pakai makeup, muka Iza jadi macam oily. Tapi bila pakai sunscreen tu macam kurang kan sikit oily tu. So, good for me. Hahah. Untuk tak membazir Iza akan pakai Nivea lepas skincare routine, bila nak re-apply baru guna 3W Clininc. So far takde masalah lagi dengan kulit muka Iza. Korang pulak dah ada sunscreen ke? Kalau belum pergi beli skarang. Protect your skin uolls.

Thanks for reading. Till we meet again!

Assalamualaikum.

***

(Disclaimer: This is my honest review and I am not paid for this review. The product might goes well with my skin but might not with yours.)

Comments

  1. Is it suitable for combination skin also too?

    ReplyDelete
  2. lepas apply sunblock cream kat muka ,kena pakai jgk ke bedak atau foundation?kalau tak paka bedak atau foundation takpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xapa jaa.. Sy pn jnis yg pkai sunblock jaa.. Tu pun bru start bln lpas..

      Delete
  3. Minta halal sy copy ayat blog cik iza sikit ya untuk sy bagi feedback Customer sy.. Moga murah rezeki

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts