Day 247: Review - Heimish All Clean Balm Sebagai Makeup Remover

Assalamualaikum!

Hello readers! Hari ni Iza nak review my so-called makeup remover. Alaaa, tipu la kalau korang tak pakai makeup remover kan? Hehe. Semua girls yang makeup mesti ada makeup remover punya. Kalau tak macam mana nak solat kan?

Sebelum ni Iza guna makeup remover yang oil based and kebanyakannye for eyes and lips. Pastu selalu la masuk mata aku. Stress mak. Tapi this kind of makeup remover yang paling effective sebab oil based. Senang giler nak tanggal makeup especially part mascara tu. Tapi I malas la nak bawak banyak benda bila keluar jalan-jalan. Kalau nak pakai makeup remover tu confirm nak kena pakai cotton pad punya. Dah satu hal nak angkut cotton pad. Nak pergi Sunway Pyramid je punnnn.

So Iza cari solution yang tak perlu bawak dua benda, then jumpa pulak iklan orang jual makeup remover yang ala-ala wet tissue tu. Harga pun boleh la for 10 pieces dalam satu pack. Iza try jugak beli tapi not for me. Tak effective sebab iza rasa function dia lebih kurang sama macam wet tissue untuk baby tu. Berhelai jugak la kalau heavy makeup. Macam tak worth it kan? Lebih baik Iza beli wet tissue biasa tu je. But then Iza realize yang dia buat bahagian mata iza mengelupas pulak. Not like teruk la tapi nampakla. Sebab Iza memang pakai eyeliner like everyday. Stress mak lagi sekali. Dah jumpa solution bawak banyak benda then tak sesuai pulak.

Come to this All Clean Balm from Heimish ni, Iza sebenarnya pernah try tester dia masa beli barang dekat Hermo. Dorang bagi for free. Baru teringat, kenapa la tak terfikir nak beli ni kan? Maka terbeli la satu and I really love it.


It works like cleansing oil yang biasa orang guna untuk double cleanse tu. The best part is, Iza tak pelu bawak cotton pad and Iza cuma perli transfer dalam bekas kecik untuk kegunaan bila keluar jalan-jalan. See, senang kan? Effectiveness? Tak payah cakap la. Of course la effective.

All Clean Balm ni dia coconut based buka-buka bekas dia je dah bau coconut, coconut kan memang oily so memang senang nak remove makeup. Even heavy makeup pun senang. Lagipun ingredient dia semuanya natural so rasa safe nak pakai. Love sangat! 




Cara pakai pun senang je. Amik sikit then sapu kat muka korang. Massage part yang ada makeup tu bagi hilang semua. Ni rupa dia sebelu korang ratakan balm ni.



Iza pun ada buat test for few makeup sebab nak tunjuk kat korang betapa effective this balm. Haha. Over tau. So dari atas tu eyebrow pencil, lipmatte, eyeliner, foundation and eyeshadow.


Bila korang sapu balm tu dia jadi cair macam ni. A bit oily tapi takde la super oily macam yang lips and eyes makeup remover tu. Yang tu lagi oily.


Lepas tu korang bilas je dengan air. Dah clear dah. Bila Iza pakai balm ni Iza rasa muka Iza fresh and lembut tapi lama-lama rasa macam kering. Better to use moisturizer lepas pakai balm ni. So far Iza rasa memang best pakai All Clean Balam dari Heimish. Actually ada jugak brand lain yang biasa orang compare contohnya macam brand dari Banila Co Clean It Zero. Iza tak pernah try yang tu. Nanti kalau dah habis ni maybe Iza try yang tu pulak.

Till we meet again!

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts