Day 271: Review - Makan Di 4Fingers

By Izaramli - May 19, 2018

Assalamualaikum!

Hello readers! I’m back. Sorry la puasa-puasa ni Iza review pasal makanan pulak. Maafkan saya. Dah lama gambar ada kat dalam phone tapi tak sempat nak share dengan korang. So hari ni Iza share dengan korang makanan yang Iza makan dekat 4Fingers last few weeks.


Kalau tengok 4Fingers mesti korang akan teringat that famous restaurant kan? To be honest Iza pun. Eh macam Kyochon. Well basically almost the same tapi 4Fingers ni idea dia datang dari New York guys bukan Korea ok? 



4Fingers punya main dish dia memang ayam goreng la semestinya. Tapi ada je menu lain yang korang boleh cuba like salad, seafood and ada nasi jugak kalau yang jenis tak kenyang makan ayam je.


Masa makan haritu Iza and kawan Iza pilih 4Fingers Singnature which is 12 pieces ayam goreng mix of drumettes and wings. Kitorang pilih mix flavor jugak. Owh! By the way, flavor dia ada dua tau Soy Garlic and Hot. Untuk menu yang kitorang pilih ni dia datang sekali dengan fries and drinks. Untuk fries korang boleh pilih flavor jugak either Seaweed or Kimchi. 




Review
Bagi Iza rasa dia not bad. Sedap and sangat crunchy tepung dia and Iza rasa size dia macam besar sikit for drumette maybe tepung dia banyak. Flavor dia both sedap and yang Hot tu takdela pedas sangat pun. Tapi Iza lagi suka Soy Garlic dia. Very nice. Flavor untuk fries bagi Iza biasa-biasa je. Memula ingatkan dia celup dengan seaweed or kimchi rupanya dia just add serbuk seaweed and kimchi je so takde wow factor sangat kat situ. Overall sedap and Iza dah sampai 2 kali makan kat 4Fingers tu. Next time nak cuba menu lain pulak.

Kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh tengok dekat website dorang:

www.4fingers.com

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum!

* * * 

(Disclaimer: This is my honest review and not being sponsored)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments