Day 273: Review - Makan Di Cheese Banjir Meleleh-leleh

By Izaramli - May 24, 2018

Assalamualaikum!

Hello readers! Hari ni Iza nak review kedai makan yang agak viral la jugak ni. Pernah dengar tak Cheese Banjir? Haaa. Ramai dah blogger buat review. Iza je baru dapat merasa sebelum puasa ritu. Maafkan Iza ya kalau gambar-gambar yang ada ni buat korang terliur. Haha.

Kitorang pergi berempat and order benda yang sama. Dua set Chicken Grill Wolverine Cheese Banjir (RM 35.00/set) and dua set Onion Plater Regular Deception (RM 18.00/set). Air kitorang order air biasa-biasa je.


Review
First impression tengok presentation air dia macam wow sangat. Cantik betul dia hias cawan. Nampak exclusive la. Rasa air dia macam makan kat kedai la. Takde yang tak sedapnya. Just nice.


Then bila sampai main dish kitorang lagi la wow. Memang banjir betul cheese dia. Berbaloi la dengan harga dia. Tapi bukan ada chicken grill je ok? Ada spaghetti, salad and mashed potato guys. Giler tak kenyang kalau makan banyak ni. Nasib baik la share. Kalau makan sorang ni boleh terbungkang balik office. Rasa dia to be honest memang sedap bagi Iza. Kawan-kawan Iza pun cakap sedap. Cheese dia memang terbaik la. Speghetti dia pun sedap. Padahal speghetti dia macam yang biasa kita makan tu je. Tapi rasa dia cukup. Salad pun sedap. Seasoning dia kena dengan rasa salad dia pastu makan pulak dengan mashed potato dia. Ok sabar pulan puasa ni.


Side dishes dia pun boleh tahan jugak. Banyak weh. Memang sesuai la makan untuk dua orang untuk satu side dish. Ada onion ring, hashbrown, sausage, fries n nugget pastu dia sediakan sos cheese jugak. Tapi sos cheese yang ni lagi terasa dari yang dia guna untuk chicken grill tadi maybe dia nak balancekan dengan rasa plater ni kot. Tapi memang sedap.


Overall
Iza rasa kitorang memang buat pilihan yang tepat masa order ni. Tapi kalau amik lamb mesti lagi terbaik kot. Next time Iza next time. Walaupun harga dia harga pricey tapi bagi Iza dengan kuantiti makanan dia and kekenyangan yang kitorang bawak balik tu berbaloi la dengan harga. Nama pun nak bagi customer makan sampai kenyang. Owh! Kalau korang bukan western food person korang boleh makan dia punya menu asam pedas jugak. Tapi kalau korang nk pergi for first time Iza suggest try dia punya cheese banjir dulu and masa order tu make sure order yang ada mention cheese banjir ok?





By the way, bulan puasa ni dorang ada buat Buffet Ramadhan. Haa. Boleh la korang pergi.
Dewasa - RM 59.00
Kanak-kanak - RM 39.00

Kalau korang nak terjah Restorang Cheese Banjir ni boleh pergi kat alamat bawah:

Lot G10, G-Village, 
Jalan 1/76, Desa Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: 018-2036070

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * * 

(Disclaimer: This is not a paid review. All foods we bought our-self)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments