Day 282 :Ke Kuching Buat Pertama Kali Hanya Bertiga | Travel Day 1

By Izaramli - September 06, 2018

Assalamualaikum.

Hello readers. Maafkan kesunyian di blog ni. Iza agak sibuk lately. Maklumla bekerja dengan orang. Pastu ada masa nak buat blog pun time lunch. Balik rumah nak buat tapi apakan daya. Banyak benda nak kena fikir plus sesungguhnya mencari idea itu bukan mudah. Cenggitu.

So back to the topic, last month Iza and husband berjaya achieved kitorang punya wishlist nak travel ke Kuching bertiga which is dengan si kecik tu. Alhamdulillah budak kecik tu tak banyak sangat ragamnya especially dalam flight. Fuhh. So kitorang dah boleh plan for next trip. Pst! Sabah!


Walaupun banyak tempat tak dapat pergi but Alhamdulillah sampai jugak Iza ke Kuching. Husband memang pernah tinggal sana so benefit la kitorang pergi Kuching ni.


Masa memula naik flight tu agak mencabar jugak sebab budak kecik tu tak nak pakai belt. Haa sudah. Macam mana lak nak buat tu but then sebab dia dah letih berlari dalam KLIA sebelum tu dia mengantuk and nak tidur. Tapi satu lagi cabarannya sebab dia masih BF lagi. Masa take off plak time tu la nak BF and terus tidur. Iza and husband dah cuak sebab dia tak pakai belt. Nasib baik flight attendant tu baik dan suggest untuk pakai baby punya belt yang attached dengan mak tu so lega la sikit kitorang. Tapi budak tu boleh tidur kejap je. Baru nak angkat dia letak kat seat dia boleh bangun dengan gembira pulak. Haha. Tapi memang kitorang dah prepare macam-macam untuk dia main and tengok.


Sampai je Kuching kitorang ingat nak check in terus tapi tak boleh sebab bilik tak ready so proceed pergi cari lunch. Sebelum nak cari lunch tu budak kecik ni buat drama lak. Boleh pulak dia poo poo. Hahah. Kenala singgah mall sebab takde tempat nak cuci poo poo dia. So second stop kitorang lepas hotel ialah Sarawak plaza. 

To be honest trip kitorang ni readers akan rasa macam trip jalan-jalan cari makan sebab memang banyak makan je kat sana. Haha.

Rumah Hijau Cafe


Tempat pertama kitorang singgah makan. Lunch kat sini agak ramai orang maybe sebab waktu lunch hour. Maklumla kitorang bercuti time orang bekerja. Tempat dia a bit crowded tapi manageable. It's actually a house yang dibuat cafe camtu. Interior dia biasa-biasa je tapi yang penting selesa nak makan.


Kitorang order ayam penyet memandangkan kat menu tu je yang nampak macam best bagi Iza and husband pun order benda sama and kitorang tambah pisang cheese (tapi mak and bapak dia pun bantai jugak) sebab si kecik tu tak nak nasi. Air pulak Iza dah tak ingat air apa tapi dia macam ABC.


Ayam penyet dia memang sedap cuma part rempah dia je Iza macam tak boleh nak tolerate. Banyak betul rempah yang dia letak (rasanya biji ketumbar nama dia). But it's ok kita boleh asingkan ya. So no worries. Air dia pun sedap. Pisang cheese dia terbaik. Padahal kat KL banyak je pisang cheese tapi tak tau la kenapa pisang cheese kat sini lagi sedap. Anak Iza kemain suka lagi.

_________________________________

Place2Stay Bussiness Hotel @ Waterfront

Lepas lunch kitorang check in hotel. Iza booked through Agoda je. Place2Stay hotel ni banyak kat Kuching tapi yang Iza pilih ni dekat dengan waterfront. But still kitorang tak sempat singgah waterfront. Sadis betul. Tapi takpela. Maybe ada rezeki nak datang Kuching lagi.

Bilik yang Iza pilih ni kecik je tapi ok je untuk kitorang 3 beranak. Katil queen bed and selesa la nak solat semua. Bilik kitorang ada tingkap so boleh la tengok river view kat belakang hotel. Sorry la hotel tak dan nak ambil gambar. Sempat ambil video je nanti kalau Iza dah up video kat IGTV boleh la tengok camne bilik hotel kitorang.
_________________________________

Planning memang nak seberang hari first kitorang sampai tapi cuaca pulak tak mengizinkan. Lepas tu budak kecik tu sedap pulak tidur. So kitorang melepak dalam bilik je la. Then malam tu baru keluar cari makan malam.

Hartz Chicken Buffet

Memula try pergi makan kat sini sebab dulu husband kata sedap. Buffet ayam and ada salad and kentang jugak. Restoran ni dekat Sarawak Plaza. Tapi masa kitorang makan tu hidangan dia tersangatla tak menyelerakan sebab ayam dia semua sejuk. Tapi sebab dah bayarkan try la makan jugak. Tapi husband pun tak boleh masuk. So kitorang decide pergi tempat lain. Iza tak suggest korang makan kat sini ok? Gambar pun Iza tak ambil sebab rasa macam tak best. Just don’t come here.
_________________________________

RJ Ayam Bakar Kopitiam



Then kitorang pergi sini sebab dekat la jugak dengan Sarawak Plaza. Jalan kaki je. Tak kuasa nak drive and susah cari parking.



Kitorang order Kuew Teow Goreng Sotong and Peanut Butter toast (konon untuk si kecik tapi dia tak nak pulak). Kuew teow dia not bad. Memula kitorang ingatkan dia gorengn dengan sotong tu. Rupanya sotong tu dia goreng tepung. Tapi pedasnya la. Husband yang makan pedas pun tak mampu apatah lagi Iza. Sedap memang sedap tapi too spicy. Peanut butter toast dia biasa je. Peanut spread dia rasa light and betul-betul rasa peanut semata. Ingat nak order peanut and chocolate tapi tak ada pulak.


Air pulak kitorang order air longan and memang sedap. Longan dia rasa fresh. Warna longan dia pun bukan coklat macam kita beli dalam tin tu. Warna longan dia putih macam kita makan buah direct tu.



Overall makan kat sini ok la. Bolehla kalau nak cuba menu lain. Tempat pun selesa and ramai jugak orang datang makan sini.
_________________________________

Lepas makan balik hotel la mereput. See, macam jalan-jalan cari makan kan? Iza and husband memang suka try makan-makan ni. Untuk first day, ni je sempat buat. Next post Iza share hari kedua pulak ya.

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: This trip was not sponsored by any party and review are all mine.)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments