Day 284 :Ke Kuching Buat Pertama Kali Hanya Bertiga | Travel Day 3

By Izaramli - September 12, 2018

Assalamualaikum

Hari ni Iza sambung hari terakhir dekat Kuching. Flight pukul pukul 3 jadi kitorang sempat la pergi cari luggage 1 lagi sebab lepas dah susun balik barang. Kek lapis tu agak tak mampu nak hand carry. Makanya ke Plaza Merdeka la kitorang. Boleh la sarapan sana sekali.

Laksa Sarawak Plaza Merdeka


First jugak Iza rasa laksa Sarawak. Padahal kat KL ada je jual pes dia. Tapi tak pernah try. So kat foodcourt Plaza Merdeka ni je la Iza sempat try. 

Husband Iza memang awal-awal cakap dia tak nak. Baru Iza faham kenapa. Rupanya sebab bau rempah dalam laksa tu agak kurang menyenangkan. Bau dia macam baru orang dalam pantang. Tapi rasa dia sedap. So bagi Iza ok je la nak makan laksa Sarawak ni. Takdela teruk pun. Bagi yang sensitive bau tu maybe tak nak la kot. Tapi memang sedap laksa Sarawak ni and rasanya dia macam guna bihun untuk jadikan laksanya sebab halus- halus je.

Iza ada la beli pes tapi tak try lagi. Kakak Iza dah cuba dah tapi dia kata tak ada pulak bau tu. Haa. Nanti Iza boleh la buat jugak tu.
_________________________________

Lepas settle kat Plaza Merdeka kitorang terus shoot ke airport. Mereput kat sana pulak. 


Overall percutian kitorang ke Sarawak ni not bad la untuk kitorang yang first time travel bawak anak kecik. Takdela susah sangat and seronok jugak travel macam ni. Actually memang banyak tempat yang kitorang tak sempat nak pergi. Maybe lepas ni kena ambil cuti lama sikit untuk round banyak tempat.


Bagi Iza, Kuching is a nice place to go. Pergi Kuching pun korang dah rasa macam pergi negara lain sebab perubahan waktu dia. Waktu kat Kuching cepat. Pukul 6 tu dah gelap dah kat sana. Kalau korang tak pernah ke luar negara boleh try rasa perubahan waktu kat Kuching dulu. Hahah.


Next trip maybe kitorang plan nak ke Sabah pulak. Tapi tak tau lagi ke mana. Sabah banyak tempat cantik. Iza suka dekat pulau tapi husband tak berani pulak pulau kat Sabah. So tengok la nanti planning macam mana.

Kalau korang tak baca lagi post day 1 boleh baca kat sini:


Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: This trip was not sponsored by any party and review are all mine.)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments