Day 288: Review | Laf Skin’s Solution - Water Bomb Ampoule

By Izaramli - October 18, 2018

Assalamualaikum!

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang product yang Iza dapat dari Butterfly Project Malaysia. Product kali ni sponsored by LaF Seoul.


Apa itu LaF? Nama LaF tu datangnya dari “Lost and Found”. “Lost” tu melambangkan masalah manakala “Found” tu pulak melambangkan penyelesaian dalam bidang kecantikan. Kalau erti kata lainnya jenama kosmetik berinovatif ni menyediakan jawapan yang cepat, inovatif dan selamat untuk semua masalah kulit di dunia. 

Gambar dari blog The Butterfly Project
LaF ni ada few range of ampoule sebenarnya antaranya Water Bomb Ampoule, Whitening Ampoule dan Anti-wrinkle Ampoule. Tapi kalini Iza dapat cuba LaF Skin’s Solution Ampoule - Water Bomb Ampoule.


Kegunaan

Water Bomb Ampoule ni adalah digunakan untuk menyelesaikan masalah kelembapan kulit. Ampoule ni sangat digalakkan untuk orang yang ada masalah kulit kering.

Kandungan

Ada 4 kandungan utama yang Iza nak highlight dalam ampoule ni iaitu Aloe Barbadensis Leaf Water, Sodium Hyaluronate, Allantoin dan Betaine. Kesemua kandungan utama tu berfungsi untuk melembapkan kulit disamping melindungi kulit serta sebagai anti-penuaan.


Tekstur & Bau

Tekstur ampoule ni agak watery dan tak sepekat ampoule lain yang Iza pernah guna. Jadi ampoule ni lebih mudah menyerap ke kulit bila pakai. Bau dia macam bau bunga yang lembut and Iza pun tak pasti nak describe bau dia macam mana. Tapi bau ampoule ni tak mengganggu pun bila pakai malah rasa lagi tenang gitu and bau dia sekejap je dah hilang.

Cara Penggunaan

Biasanya ampoule ni Iza akan pakai lepas Iza pakai toner. Tapi kalau korang ada serum Iza suggest korang guna ampoule dulu sebab ampoule ni biasanya akan bantu untuk boost up korang punya skincare yang sterusnya.


Pengalaman

Untuk Iza yang mempunyi kulit combination ni agak susah la nak nampak kesan yang ketara. Tapi tak bermakna orang kulit combination or oily ni tak perlu hydration tau. Apa yang nampak kulit Iza lebih lembut and nampak lebih healthy lepas apply water bomb ampoule ni. So far Iza pakai takde la keluar jerawat kecik-kecik tu. Ampoule ni berikan kelembapan yang cukup-cukup je untuk kulit. Ampoule ni serap cepat pada kulit and Iza tak rasa kulit Iza berminyak atau melekit lepas pakai which Iza paling suka. Iza ada cuba jugak letak dekat bibir sebab bibir Iza selalu kering and not bad jugakla sebab bibir Iza jadi lembut pulak lepas pakai and tak kering macam selalu.

Beli Dekat Mana?

Korang jangan risau senang je nak dapat water bomb ampoule ni malah korang boleh beli range yang lain jugak. Korang boleh dapatkan dekat mana-mana Guardian Malaysia dengan harga RM47++.

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The products was given to me by The Butterfly Project, sponsored by LaF Seoul and all are my honest review. Product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. airah ada baca banyak juga good review product laf ni tak sabar nak try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. product ni best, bagi Iza tak terlalu heavy. Cubala nanti :D

      Delete