Day 290: Berjimat Dengan Promosi Malindo Air

By Izaramli - October 29, 2018


Assalamulaikum!

Hello readers. Iza nak tanya ni, berapa ramai dekat sini yang suka travel untuk bercuti? Ataupun ada tak antara korang memang selalu travel sebab keje outstation? Pergi ke tempat yang korang kena naik kapal terbang. Iza rasa mesti kan? Kalau yang keje outstation tu mesti best sebab boleh makan angin sekali. Kalau korang yang pergi travel untuk bercuti tu mesti sebab nak release tension kan?

Image source: Google
Tiba-tiba rasa nak pergi bercuti pulak. Kalau dapat pergi bercuti dekat  Sabah ke, Langkawi ke, or Bali ke? Fuh! Seronok tu. Korang pernah pergi tak tempat-tempat ni? Iza tak pernah lagi tapi InsyaAllah one day will come.

Image source: Google
Tapi sebelum kita nak pergi bercuti tu kita kena la tau apa yang best dekat tempat tu. Contohnya macam dekat Sabah korang boleh pergi ke Pulau Sapi, Mamutik dan Manukan. Pulau-pulau ini terletak bersebelahan jer yang merupakan one of destinasi percutian di pulau yang sangat popular di Kota Kinabalu. Malah kalau nak ke sini pun tak susah sebab jeti bot betul-betul berada kat tengah bandar KK. Terdapat juga beberapa pulau lain di sekitar Pulau Sapi dan Pulau Manukan yang korang boleh buat island hopping untuk aktiviti snorkeling, berkelah dan bermain sukan air macam parasailing. Selain tu korang boleh juga pergi ke Pasar Filipin, pasar ni sinonim di kalangan tourist dari luar sebagai destinasi untuk membeli barangan kraftangan atau cenderahati seperti mutiara, hiasan dalaman, keychain, aksesori wanita dan juga tempat untuk membeli produk laut kering seperti ikan masin. Pada waktu malam dekat area sini terkenal dengan gerai-gerai makanan laut yang murah dan segar-segar lagi.
Image source: Google
Lepas tu kalaulah korang plan nak ke langkawi pulak korang boleh pergi banyak tempat yang best kat sana. Ramai orang cakap, kalau bercuti ke Langkawi ni cuma aktiviti di air je yang menarik macam snorkeling, berkejaran di gigian pantai, sun bathing dan seumpamanya. Actually, banyak lagi aktiviti menarik yang korang boleh buat dekat Langkawi ni, bukan sahaja di pantai bahkan di bukit, di hutan dan juga di darat. Kalau nak tahu lagi, di Pulau Langkawi jugak ada tasik! Pendek ceritanya, samaada korang nak bercuti secara solo ke, berpasangan ke, atau bersama anak-anak ke, Pulau Langkawi ada tempat-tempat pelancongan menarik yang sesuai untuk segenap usia.
Image source: Google
Kalau kat Bali pulak korang boleh enjoy the historical view kat sana. Pulau eksotik ini menawarkan banyak tarikan menarik yang terdiri daripada pantai-pantai yang indah, kuil-kuil kuno dengan seni bina yang begitu unik dan banyak lagi. Boleh dikatakan hampir kesemua destinasi di Bali ni offer pemandangan yang memukau mata korang sampaikan ada yang anggap Bali ni sebagai syurga dunia. And of course Bali ni lagi tak jauh sangat pun dari Malaysia so korang tak perlu la nak keluarkan duit banyak untuk ke sana kan? Yang korang perlu standby ialah duit belanja nak makan je. Sebab bila travel makan mesti extra, semua benda nak cuba.

Image source: Google
In case korang nak travel ke tempat-tempat yang Iza cerita tadi tu, korang boleh try find out pasal Malindo Air Promotion dekat traveloka and lagi better kalau korang register je terus dengan traveloka. So nanti korang boleh dapat info pasal promotion tu direct ke email korang. Takdela terlepas mana-mana promotion. Dengan promotion ni korang boleh pergi ke destinasi yang best macam Iza cerita tadi dengan harga yang menarik ikut masa yang ditetapkan. Malindo Air selalu buat promotion taui untuk reward customer dorang yang selalu naik kapal terbang dan disebabkan diorang ni company yang gabungkan antara Malaysia dan Indonesia so dah semestinya korang boleh dapat offer yang menarik, dapat terbang dengan selesa dengan harga yang bajet.

Image source: Google
Sounds too good to be true kan? But korang boleh try dulu dengan guna apps traveloka. Ramai yang dah try and berpuas hati. Plus the web apps dorang pun secured dan korang boleh buat payment terus dengan selamat. Diorang ada juga helpline yang sedia tolong korang 24 jam. So no worries if pasal scam. Lagipun traveloka ni kan famous. Orang kat Malaysia and Indonesia dah banyak yang guna traveloka untuk book flight ticket and hotel. So korang yang belum try lagi boleh la try.

Thanks for reading. Till we meet again.


Assalamualaikum!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments