Day 292: Review | Too Faced Peach My Cheek Blusher

By Izaramli - November 11, 2018

Assalamualaikum!

Hello readers! Harini Iza nak share dengan korang blusher dari Too Faced. Kalau korang perasan Too Faced ada keluarkan peach line dalam product dorang. Semuanya peach. Ada eyeshadow, blusher dan sebagainya. So Iza decide nak beli Peach My Cheek Blusher ni since blusher yang Iza ada tu dari palette Backtalk je. Payah pulak nak bawak ke hulu ke hilir.


Iza suka blusher yang merah so Iza pilih warna Peach Berry. Actually blusher kalau kita pakai takdela nampak merah macam warna yang dia tunjuk tu. Bila kita sapu dia light je kat pipi. Sebab tu Iza relax je nak ambil warna merah macam ni. Ada beberapa lagi pilihan warna lain korang boleh pilih macam Ginger Peach, Peach Dream, Pinch My Peach, So Peachy dan Spiced Peach.



Tekstur & Bau

Untuk blusher Peach My Cheek Blush ni tekstur dia lebih kepada creamy and buttery. Tapi bila kita sentuh and apply kat pipi dia akan jadi light powdery yang bagi Iza quite amazing. Bila powdery senang nak spread. Bagi Iza this is a good concept. Blusher tak bersepah-sepah bila kita nak guna. Blusher ni matte finish tapi with glow. So cantik sangat billa pakai. Bau dia tak payah nak cakap banyak. Dah semestinya bau peach yang best. Kebanyakkan product Too Faced memang gunakan bau makanan yang best.


Pigmentasi Warna

Bagi Iza pigmentasi dia biasa-biasa je. Mungkin sebab tekstur dia buttery. Macam yang Iza cakap, bila kita apply takdela semerah warna tu. Dia akan soft color je depends on berapa banyak korang apply. Kalau korang suka blusher yang nampak kat pipi memang kena apply banyak sikit. 



Cara Gunakan

Ada 2 cara korang boleh guna blusher macam ni sama ada pakai jari ataupun pakai sponge. Sebabkan dia creamy memang tak suggest guna brush. Habis rosak blusher korang nanti. Bagi Iza, Iza lebih prefer guna jari sebab amount yang Iza calit tu la amount yang akan ada kat pipi sebab blusher tu tak lekat sangat kat jari. Kalau pakai sponge nanti kena calit amount lagi banyak sebab blusher tu melekat dekat sponge. Tapi ikut korang la. Ada yang ok je nak pakai sponge.



Overall

Bagi Iza blusher ni sangat menepati citarasa Iza walaupun pigmentasi dia biasa je. Senang nak bawak pergi travel sebab dia compact and ada cermin. Senang jugak nak apply which Iza tak perlu nak bawak tools untuk guna blusher. Cumanya harga dia quite pricey.


Kalau korang nak cuba, korang boleh beli dekat Sephora. Tapi just nak ingatkan, jangan beli online ya. Habis tercabut blusher korang nanti macam yang Iza kena. Tersangatla menyesalnya. Harga dia pulak RM122. Masa Iza beli hari tu ada member’s sale so dapat la murah sikit. So have a try!

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: This is my honest review and the product is not sponsored by any party)

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Ting ting tang ting
    Tara ting ting ke ting tang ting...
    hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha. jangan nak ting ting tang ting sangat sis. hehe

      Delete