Day 294: Review | IFX Cosmetics Lipstick - Dream & Kiss And Velour Rogue

Assalamualaikum!

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang lipstik yang Iza dapat dari IFX Cosmetics. Iza dapat 2 jenis lipsticks which is Dream & Kiss dengan kod warna Candy Floss dan Velour Rouge dengan kod warna Dreamland.


Tekstur & Warna

Untuk Dream & Kiss ni lipstick dia adalah liquid. Liquid lipstick memang fav Iza sebab senang nak apply and biasanya liquid lipstick akan ada color pay off yang lagi better especially bila matte. Yup! This one memang menepati citarasa Iza sebab color pay off dia memang best. Warna Candy Floss ni pun cantik sebab warna pink. Warna ni sesuai nak pakai untuk everyday look and bagi Iza sesuai untuk semua jenis warna kulit.



Untuk Velour Rouge pulak lipstick classic. Lipstick yang texture dia a bit buttery. Kalau orang yang tak biasa mungkin akan kekok sikit nak pakai lipstick classic macam ni. Iza la tu orangnya. Tapi kalau hari-hari pakai I get used to it. Senang je nak handle. Warna lipstick ni warna merah yang mix dengan brown. Warna macam Dreamland ni kebiasaannya akan jadi hot selling sebab tengah trend warna macam ni. Color pay off pun nice, very pigmented for this kind of lipstick and bila pakai akan dapat hasil matte velvet finish yang cun.



Ketahanan

Biasanya kalau cari lipstick mesti ramai yang akan cari lipstick yang tahan lama. Untuk Dream & Kiss quite long lasting. Lagipun sekarang memang senang nak jumpa liquid lipstick yang tahan lama. Cumanya Dream & Kiss ni sedikit bersepah bila Iza dah sental macam-macam. Tapi mana-mana liquid lipstick yang matte pun kalau dah bantai makanan berminyak mesti akan bersepah jugak. So Iza biasanya akan re-apply balik je. Tapi Iza akan make sure lipstick yang sedia ada tu wipe dulu sebab taknak lipstick tu jadi tebal sangat.

Before makan macam-macam.

After makan macam-macam.
Lipstick yang classic ni biasanya susah sikit nak jumpa ynag tahan lama. Tapi Velour Rougue bagi Iza quite good sebab Iza nampak walaupun Iza makan macam-macam still ada stain yang tiggal kat bibir and tak bersepah lansung. Walaupun tak sepekat masa kita mula-mula apply but still look nice. Kalau nak nampak better, korang bolehla re-apply jugak. Yang ni tak perlu nak wipe pun takpe sebab lipstick macam ni takde masalah nak re-apply.

Before makan.

After makan.
Overall

Both lipsticks are good and Iza suka. Lipstick Dream & Kiss tu a bit berat bila apply so jangan apply banyak-banyak and make sure korang exfoliate bibir korang sebelum apply. Dream & Kiss ni a bit drying so Iza suggest korang pakai lipbalm beberapa minit sebelum apply lipstick.


Untuk lipstick Velour Rougue pulak memang ringan. So kalau pakai banyak-banyak pun takpe. Still looking good gitu. Yang best lagi lipstick ni hydrate bibir kita so memang tak rasa kering bila pakai. Tapi apa-apa pun make sure exfoliate bibir dulu ok? Kalau pakai Velour Rogue tak pakai lipbalm pun takpe.


Both lipsticks ada sweet smell macam bau vanilla tapi tak kuat sangat and tak lama pun bau dia. So untuk yang tak sukakan kosmetik yang ada bau tu maybe boleh bare dengan bau both lipsticks ni. Korang boleh tengok ingredient and cara nak pakai kat bawah ni:


Kat Mana Nak Beli?

No worries girls, I got you. Korang boleh check out IG IFX Cosmetics and kat bawah ni harga for both lipsticks:

Dream & Kiss - RM 39.00
Velour Rouge - RM 45.00

Selain dari 2 warna yang Iza dapat tu. Ada jugak warna lain macam:

Dream & Kiss: Pumpkin Cake, Bae, Queen B, My Lips But Better, Date Me, Bae 2, Girfriend, My Lips But Better 2, Pumpkin Cake 2, Caramel Sorbet, Gelato, Greta, Favourite Babe, Candy Floss, Asher, Chocolate Cake and Poison Nude.

Velour Rouge: 1996, Underrated, Rebel Chic, Retro Mood, Bold Kiss, Dreamland, High End and Run Away. 

Anyway dorang tengah buat promotion skarang ni. Better korang pergi tengok cepat before semua color sold out. 

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The product was sponsored by IFX Cosmetics for review. All my reviews are honest after testing the product)

Comments

Popular Posts