BBQ

Day 299: Review | Keenakan Makanan Korea Di Restoran Ojju Malaysia Nu Sentral

By Izaramli - December 17, 2018

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak review makanan korea yang ada dekat Ojju Malaysia. Sabtu lepas Iza dan husband dapat jemputan makan dekat Ojju Malaysia yang terletak di Nu Sentral. To be honest Iza memang seorang yang sukakan makanan korea and husband pulak tak. Tapi ni kali pertama Iza dan husband makan di Ojju. Thank you Meng sebab invite kitorang makan.





A little bit about Ojju, baru je dibuka di Nu Sentral pada bulan Oktober lepas. Ojju menyediakan makanan korea yang moden dan diselitkan sedikit menu barat serta citarasa Malaysia. Ok jom check out apaa yang Iza makan dekat Ojju pulak.

Corn Tea (RM 11.90 / 1.2 liter)



Mula-mula kitorang dihidangkan dengan air jagung. Eh bukan air jagung letak susu tu ya. Orang korea terkenal dengan tehnya, so ni air teh yang mempunyai rasa jagung. To be honest memang rasa betul jagung dia and rasa dia tak pelik pun. Just nice je rasa dia. Rasa dia tak manis pun tapi rasa healthy la and takdela rasa tak sedap pun. Teh ni just nice and bagi Iza memang sesuai minum especially bila korang nak makan banyak kat sini sebab rasa air ni tak heavy.

Hot & Spicy Fried Chicken (RM 17.90)


Ni makanan yang mula-mula dihidangkan untuk kitorang. Sekali rasa menu ni terus suka. Husband Iza paling suka sekali. Isi ayam yang disalut dengan tepung dan digaul dengan sos honey spicy. Fuh terbaik! Rasa honey spicy dia terangkat betul. Level kepedasan dia pun boleh tahan and honey spicy ni consider 3rd level punya pedas. Bagi Iza yang tak berapa makan pedas ni agak tak tahan jugak la nak makan. Walaupun tak tahan pedas, dia punya rasa buat kita nak makan lagi. Can’t resist betul. Chips dia pulak dari sweet potato tau bukan chips biasa. Ojju guna sweet potato yang yang warna purple and orange and buatkan presentation dia nampak lagi menarik. So rasa dia memang unikla dan sedap. Kalau cicah dengan sos honey spicy tu lagi la sedap.

Chicken Rolling Cheese (RM 43.90 for wings / RM 49.90 for drumstick)



Then kitorang dihidangkan dengan signature dish dorang. Ok untuk menu ni korang actually boleh pilih nak add on nasi or tak sebab cheese yang disediakan confirm ada lebih and boleh masak dengan nasi. Kalau add on korang kena tambah RM 11.90 lagi. Tapi kalau tak nak pun tak apa. Menu ni ada 3 pilihan flavour yang korang boleh pilih antaranya BBQ Mild, BBQ Spicy dan Honey Spicy. Menu kitorang ni ialah chicken wings dengan flavour BBQ mild. Walaupun mild bila dah lama-lama makan tu terasa jugak la pedas dia.






Untuk menu ni akan disediakan dapur kecil untuk cairkan cheese. Cheese yang nak guna untuk roll ayam tu kena panas kalau tak tak boleh nak roll pulak. Korang jangan la risau, ada staff yang akan roll cheese dekat ayam korang tu. Tapi kalau nak cuba boleh je request kat staff tu.




Dah settle roll ayam dengan cheese baru staff Ojju akan masak nasi goreng pulak. Nasi tu pulak mix of sos gochujang, seewed dan jagung. First thing first gaul semua sekali dengan balance cheese yang ada. Bila dah sekata baru tambah telur. Yang ni memang rasa korean betul nasi dia sebabkan sos tu and sedap jugak bila dah mix dengan cheese. Nasi goreng dia tak pedas sangat. Boleh tahan la untuk orang yang tak makan pedas ni.

Milo Sonata (RM 19.90)



Menu last kitorang dah semestinya dessert. Dessert famous yang orang korea suka ialah bingsu. Apa tu bingsu? Bingsu tu ais yang dikisar macam kita nak buat ABC tu. Tapi ni dia letak la perasa lain la. Untuk bingsu kitorang ni ala-ala Malaysian sikit sebab guna Milo. Semunya berunsurkan milo. Nama pun Milo Sonata kan. Sedap weh. Nak-nak pulak makan time tengah musim panas. Lega tekak sis.

Selain dari menu yang Iza cuba tu ada banyak lagi menu lain yang korang boleh cuba dari makanan yang betul-betul ikut cara korea ke makanan yang western macam buger. Bagi Iza konsep yang dorang gunakan ni not bad jugak. Kalau rasa nak datang dengan girlfriend yang fans korea tapi korang tak makan makanan korea, restoran ni memang boleh masuk dalam list korang.


With Meng, owner of Ojju Malaysia
Overall bagi Iza rasa makanan dekat sini sedap especially Hot & Spicy Fried Chicken tu. Kalau korang datang sini memang Iza suggest ambil menu tu. Tapi kalau korang datang memang nak makan sampai kenyang, Iza suggest untu ambil menu Chicken Rolling Cheese sekali dengan nasi goreng tu. Confirm korang akan tersandar kekenyangan. Flavour BBQ mild tu sedap tapi kalau korang ambil flavour honey spicy mungkin lagi terangkat bila makan. Milo Sonata tu pun sedap, I love Milo. Anything Milo Iza on je. Anyway, tekak Iza tak sama dengan tekak korang. So better korang pergi rasa dulu makan kat sini kalau nak tau sedap ke tak. Tapi husband Iza yang tak suka makanan korea pun approved makan dekat sini. Maybe boleh repeat lagi?


Me and my husband enjoying all the foods
Kalau korang nak check out restoran Ojju Malaysia ni boleh pergi dekat alamat kat bawah ni dan boleh check out IG dorang jugak:

Alamat
L4.01 (03 & 04), Level 4 NU Sentral Shopping Centre Kuala Lumpur, Malaysia

No. Telefon

012-384 1008

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: All foods were sponsored by Ojju Malaysia. My review are all honest after trying their foods.)

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. waa.. sedapnya wakkkkkkkkkkk.. terliur kite.. meminta singgah lah nih ha.. haish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap2. nanti try la pergi makan dekat sana. hehehehhe

      Delete