Day 300: Review | Makan Indomie Dengan Hidangan Lebih Ekstra Di Kafe Indobowl

By Izaramli - December 25, 2018

Assalamualaikum

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang kedai makan yang menyediakan hidangan Indomie tapi dengan cara yang berbeza. Kali ni Iza dapat jemputan makan di Kafe Indobowl Lake Field Sungai Besi. Ingatkan jauh, rupanya dekat je dengan rumah Iza.


Kalau korang lahir tahun 80-an mesti korang pernah makan mee segera yang famous dari Indonesia which is Indomie. Sekarang mungkin jarang kita dengar dah orang sebut pasal Indomie ni sebab sekarang pun dah banyak mee segera dengan pelbagai rasa. Tapi kalau korang nak rasa Indomie yang extra, korang boleh datang sini.

Ni antara menu yang Iza dapat cuba masa food review hari tu. Amaran! Jangn terliur ok?


Ni antara main dishes yang disediakan dekat Kafe Indobowl ni. Dah semestinya dorang gunakan Indomie untuk menu yang gunakan mee. Kalau tak nak makan mee, dorang ada jugak sediakan nasi goreng.

Indomie Signature Sambal (RM 6.00)


Menu ni merupakan signature dish yang menggunakan Indomie. Tapi takdela korang makan Indomie semata macam korang masak dekat rumah. Dalam menu ni disertakan dengan telur goreng, timun dan signature sambal Kafe Indobowl ni.

Indomie Ayan Balado (RM 10.00)


Untuk menu ni pulak special sikit sebab selain dari telur goreng, timun dan signature sambal, menu ni add on grilled chicken chop. Biasa kita makan chicken chop dengan nasi atau fries kan? Kali ni korang cuba pulak makan dengan Indomie.

Indomie Dendeng Balado (RM 10.00)


Menu yang ni pulak menggunakan daging yang ditumis dengan rempah lepas tu dorang keringkan dan di grilled. Patutla rasa dia special. 

Indomie Iga (RM 18.00)


Menu yang ni pun menggunakan daging yang ditumis tapi yang ni dimasak dengan kicap soya, bawang, cili dan daun limau.

Indomie Salted Egg Chicken (RM 11.90)


Kalau korang rasa ayam, daging dan kambing yang digoreng atu disalai tu biasa maybe korang boleh cuba menu ni. Ayam yang disalut dengan salted egg. Iza memang suka any food yang ada salted egg. Rasa lemak masin tu memang sedap.

Indomie Ayam Madura (RM 12.00)


Actually menu ni datang dengan set Indomie macam biasa tu. Gambar atas ni untuk photoshoot je. Menu ni pun gunakan grilled chicken chop tapi dengan Madura style sebab dimasak dengan campuran kicap soya, bawang, cili dan daun limau.

Nasi Goreng Giler (RM 29.90)


Haa. Giler tak tengok menu ni? Iza suggest kalau ambil menu ni janganla korang melantak sensorang sebab portion untuk menu ni agak besar. Bagi Iza menu ni sesuai makan dua orang. Menu ni sesuai la untuk korang yang tak gemarkan mee segera. Disamping nasi goreng tu ada telur goreng, signature sambal, lamb chop, chicken chop, sotong goreng tepung, sate ayam dan keropok. Giler tak giler? Nama dia pun dah boleh tau akan kenyang giler makan menu ni.

Mambo Jumbo Seafood Soto (RM 39.90)


Untuk menu ni pun sesuai makan ramai dan dicadangkan untuk 2 - 4 orang. Ni sesuai untuk korang yang tak nak makan mee goreng. Ni soto yang luar biasa sikit sebab gunakan indomie jugak dan ada macam-macam seafood dalam soto ni antaranya sotong, udang, fishball dan crab stick. Selain seafood ada jugak telur dan chicken chop dalam soto ni. Meriah betul ni. Ni kalau tak kenyang jugak tak tau la nak cakap apa. Rasa kuah soto dia a bit rasa macam makan mee segara perisa ayam. 

Nampak tak chicken chop tu?
Ropang Coklat Keju & Rompang Jagung Cheese (RM 5.90/set)


Ropang yang bermaksud roti (Ro) panggang (Pang) ni pulak memang sedap untuk buat pemanis mulut lepas dah makan macam-macam. Ada dua pilihan Ropang, Coklat Keju atau Jagung Keju. Dua-dua ni memang sedap.


 Soda Gembira Dan Es Cendol (RM 6.00/glass)


Last but not least semestinya air minuman. Ni adalah air yang special dekat sini. Both sedap and favoutite Iza Soda Gembira. 

Overall Review

Dekat sini semua makanan dia berinspirasikan makanan Indonesia tapi lebih modern. Bagi Iza makan kat sini boleh dikatakan sedap especially indomie yang bergoreng tu. Iza memang suka indomie lepas tu ditambah pulak dengan ayam dan daging. Rasa dia tak pelik pun tapi sedap. Cuma sambal tu agak pedas jugak la untuk Iza tapi husband Iza makan relax je. Nasi goreng giler tu pun not bad rasa dia nak-nak pulak ada campuran macam-macam kat situ. Seafood soto tu just nice tapi rasa dia tak rasa macam seafood sangat. Maybe sebab chicken chop dalam soto tu dah menguasai rasa seafood tu.

Untuk harga pulak bagi Iza biasa-biasa je. Mahal sangat pun tak, murah sangat pun tak. Sesuai la dengan menu yang disediakan and menu dia pun special.

Kafe ni pun bersih dan cantik. Walaupun tak besar tapi masih selesa kalau nak makan dengan family dan bawak anak.


Anyway, korang pun patut cuba jugak makan dekat sini. Especially peminat Indomie dan peminat makan Indonesia. Korang boleh checkout details dekat bawah ni:

Instagram - @indobowlcafe
Facebook - indobowlofficial
Alamat: 72, Jalan Tasik Utama 7, Lakefield, Sg.  Besi, Kuala Lumpur.

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum

* * *

(Disclaimer: All foods were sponsored by Indobowl Cafe. My review are all honest after trying their foods.)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments