Ada Apa Tu? | Stone & Grove Grand Launch and Tea Party Di Mamanda Kuala Lumpur

By Izaramli - December 26, 2018



Assalamualaikum.

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang Majlis Pelancaran Stone & Grove yang Iza attend hari tu. Thank you Ye Vonne for inviting me. Such a pleasure to be part of it. Pelancaran ni berlansung pada 4 December lepas di Mamanda Kuala Lumpur.


Dari kiri En. Don Lyon (CEO Nano Xan Sdn Bhd), Pn. Maziah Omar (Represntative Nano Xan Sdn Bhd) dan En. Andrew Burgess (Head of Sales and Business Development Stone & Grove). Picture source - Stone & Grove Marketing
Picture source - Stone & Grove Marketing

Siapa Stone & Grove ni? Actually dorang ni adalah membuat teh yang menggunakan daun zaitun di Australia dan Nano Xan Sdn Bhd adalah pengimport dan pengedar eksklusif Stone & Grove di Malaysia. Stone & Grove ni sebenarnya jenama terbaru Boundary Bend Wellness, anak syarikat kepada pemilik tanaman pokok zaitun terbesar di Australia iaitu Boundary Bend Limted. Dorang ni adalah jugak pengeluar Extra Virgin Olive Oil jenama Red Island. Kita biasa tahu minyak zaitun je kan bila pergi pasaraya dan kita pun dah sedia maklum kebaikan zaitun ni. So syarikat besar ni ambil peluang mewujudkan Stone & Grove untuk memperluaskan lagi kebaikan daun zaitun dengan menjadikan teh daun zaitun.

Pelancaran Stone & Grove. Picture source - Stone & Grove Marketing
Teh yang dikeluarkan oleh Stone & Grove ni bukan teh biasa-biasa tau. Sebab daun zaitun tu dipetik dan dipilih dengan tangan sehingga menjadi teh selama 12 jam. Teh daun zaitun ni mempunyai banyak antioksidan yang kuat untuk berikan kebaikan kepada peminum.  Terdapat 6 pilihan kebaikan Stone & Grove Olive Tea ni. Jom kita check out apa yang ada.



DETOX - Olive Leaf Tea with Citrus & Calendula


IMMUNITY - Olive Leaf Tea with Lemon & Ginger


WOMEN'S HEALTH - Olive Leaf Tea with Chamomile & Red Rose



OLIVE LEAF TEA


ENERGY - Olive Leaf Tea with Lemongrass & Ginseng


OLIVE LEAF TEA & GREEN TEA SENCHA


Selesai majlis pelancaran semua tetamu di hidangkan makan dan minum petang which makanan yang disediakan tu dimasak menggunakan Red Island Extra Virgin Olive Oil. Biasa kita dengar extra virgin olive oil tak boleh guna untuk goreng kan? Tapi jenama Red Island boleh digunakan untuk goreng, betapa bagusnya minyak dorang ni.




Iza sempat jugak rasa teh daun zaitun Stone & Grove ni. Rasa teh yang sangat berkhasiat and not bad jugak. Takdela rasa pelik sampai tak boleh minum. Tapi kalau nak minum teh ni make sure teh tu rendam dalam masa 2 - 4 minit je kalau tak nanti akan rasa pahit.




So kalau korang nak dapatkan Stone & Grove Olive Tea ni korang boleh pergi ke De Market supermarket dan Lu Lu Hypermarket dan akan datang di Village Grocer, Bens Independent Grocer dan BMS Organics dengan harga RM 39.00/canister (16 uncang).


Korang jugak boleh check out website Nano Xan Sdn Bhd dekat sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut dan produk-produk lain keluaran mereka.

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The event was organized by Nano Xan Sdn Bhd.)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments