Barang Apa Tu? | Biosol Pembersih Kesihatan Wanita Dari Neil Armayan

By Izaramli - January 10, 2019

Assalamualaikum

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang produk untuk orang perempuan. Ehem. Pernah tak korang dengar Biosol dari Neil Armayan? Kalau korang nak tau, produk ni berasal dari Korea and sekarang dah ada dekat Malaysia. Asalnya Neil Armayan kat Malaysia cuma ada spa je. Lepas 10 tahun dalam bidang spa sekarang dorang cuba keluarkan produk pulak. Salah satu produk dorang ialah Bisosol. Jom Iza cerita details apa kebaikan feminine wash ni.


9 Kebaikan Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu Biosol

1. Melenyapkan kekeringan vagina
2. Mengekalkan pH optimum untuk vagina
3. Menegang dan mengetatkan kulit/otot yang kendur
4. Meningkatkan kesihatan dan menyamankan kulit
5. Merangsang pembiakan bakteria yang berfaedah dalam lapisan kulit dalaman
6. Mengandungi ciri anti-penuaan dan menukar sel kulit yang lesu
7. Mengetat dan menegangkan otot vagina, mengembalikan tona dan tekstur
8. Menyediakan nutrien penting yang diperlukan untuk melembap dan menghidrat kulit
9. Menggalakkan pertumbuhan semula epidermis untuk memperbaiki, melembut dan memulihkan kulit


Banyak kan kebaikan dia? To be honest Iza jarang-jarang guna feminine wash ni sebab selalu yang Iza guna mesti akan buat miss V tu kering and rasa a bit tak selesa. So buat Iza macam tak tau dah nak cuba yang mana lagi. Tapi Biosol ni tak pulak. Bila guna miss V rasa segar sebab lepas basuh rasa a bit berangin and bau memang terus tak ada. Sepanjang hari memang rasa selesa. Sebabkan ingredient dia banyak yang dari ekstrak tumbuhan so buat Iza tak rasa was-was nak cuba.

Ni pulak antara active ingredients yang ada dalam Biosol ni ialah:

Pueraria Mirifica Root Extract

Pueraria Mirifica Root Extract ni boleh menghilangkan rasa kering dekat miss V, mengetatkan miss V, mencegah kanser rahim, membantu membetulkan kitaran haid dan mencerahkan miss V.

Prebiotic Inulin

Prebiotic Inulin pulak boleh meransang pertumbuhan bakteria baik. Bioselektivitinya pulak menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya dan melindungi ekosistem kulit dengan memastikannya sekata dan seimbang.

Hydroxypropyltrimonium Honey

Tindakbalas kuaterner Hydroxypropyltrimonium Honey membuatkannya ianya lebih melembab berbanding madu biasa. dengan aktiviti humektan dua kali ganda dari gliserin. Ia jugak membolehkan aktiviti penyerapan dengan baik.


Tekstur dia pulak agak pekat kalau compare dengan yang Iza pernah try sebelum ni. Bau feminine wash ni tak sewangi macam brand lain, bau dia mild je and ada bau madu jugak sebab salah satu ingredient dia madu. Kalau yang bau wangi sangat tu biasanya sebab ada parfum dalam ingredient dia so Iza rasa better lagi tak ada bau sangat sebab ada sesetengah orang sensitive and ni pulak miss V. Natural is better kan? As long bau yang tak menyenangkan tu takde dah lepas pakai feminine wash ni dah cukup bagus dah bagi Iza.


So far Iza sangat suka pakai and Iza recommend jugak untuk semua perempuan yang ada masalah bau dan tak selesa kat miss V tu untuk pakai Biosol ni. Tak kira yang dah kahwin ataupun belum. Kebersihan dekat miss V kena jaga tau. Bagi yang dah kahwin pula lagi Iza suggest untuk pakai Biosol ni sebab kita perempuan yang dah kahwin ni lagi macam-macam situasi kita akan alami berkaitan dengan miss V.

Kalau korang pun nak cuba, korang boleh dapatkan Biosol ni di LAZADA dengan harga RM 107.80.

Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh check out link dekat bawah ni:

Facebook: Neil Armayan
Instagram: @n.armayanig

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The product was sponsored by Niel Armayan Malaysia. All my reviews are honest after testing the product.)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments